[VIDEO] Berang aduan gangguan elektrik diabaikan, dua pegawai ini kena ikat pula

No Image Caption
A
A
A

SANGGUP ikat pegawai kutipan bil gara-gara marahkan servis bekalan elektrik teruk dek selalu berlaku gangguan dan litar pintas?

Jangan main-main ya dengan penduduk yang tengah marah dek aduan yang diabaikan, tetapi tiap-tiap bulan, penjawat awam tersebut tak pernah culas datang kutip bayaran caj elektrik.

Apa yang terjadi di perkampungan Muslapur di Alladurg, Telangana, India baru-baru ini mungkin kemuncak kemarahan penduduk yang berang aduan litar pintas tidak pernah diambil peduli.

Masakan tidak, insiden litar pintas yang kerap berlaku menyebabkan kerosakan pada barangan elektrik sehinggakan penduduk terpaksa tanggung kerugian.

Bila diadukan, mereka kena usulkan kepada pihak lain seolah-olah isu dipandang remeh, tetapi bil bulan-bulan kena bayar. Siapa tak marah, kan?

Video pendek yang dikongsikan @NewsMeter_In mengenai pegawai diikat yang berdurasi 24 saat itu turut tular dalam media sosial dan menerima pelbagai reaksi warganet.

Bila dah kena ikat, pasti kecoh satu kampung sampaikan polis pun campur tangan. Tak pasal-pasal lima penduduk ditahan sebab melakukan kekerasan terhadap penjawat awam.

Di Malaysia pun ada kecoh-kecoh pasal bil api melambung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga kan? Tapi mujurlah tak ada sampai ikat orang. #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang