Kejam! Wanita maut tercampak dari van rupanya bergaduh mulut dengan suami. 'Suspek positif 3 jenis dadah'

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM negara dikejutkan dengan berita tergempar seorang wanita maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar.

Kecederaan yang dialami pun mungkin agak teruk sampaikan saksi mendedahkan darah terlalu banyak!

Dalam kejadian pada 2.35 petang semalam, polis menerima maklumat daripada lelaki yang melihat wanita tercampak dari sebuah van, sebelum kenderaan itu terus meninggalkan lokasi di Lebuh raya KESAS.

Hari ini polis menahan suami kepada wanita berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh itu.

No Image Caption

Artikel berkaitan

Berikut info berkaitan siasatan polis dan suspek yang telah ditangkap:

1-Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada 6 petang semalam di sekitar Bandar Kinrara.

2-Berdasarkan pengakuan awal dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

3-Pada masa ini pihak polis masih dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman suspek dan fokus siasatan adalah kepada punca kejadian sama ada suspek menolak isterinya atau mangsa terjun sendiri.

4-Suspek dan mangsa telah berkahwin sejak 20 tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.

No Image Caption

5-Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

6-Suspek mendakwa isterinya turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

7-Siasatan di tempat kejadian mengesahkan wanita berusia 44 tahun itu meninggal dunia dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian secara tidak sengaja.

Terdahulu, saksi dikenali sebagai Faizan Ahmad, 34, sempat melihat wanita berkenaan masih hidup ketika bergolek di atas jalan raya.

Faizan yang sedang dalam perjalanan untuk ke pejabatnya sebelum kereta di hadapan brek mengejut.

“Saya nampak wanita itu telah bergolek di atas jalan raya. Kemudian saya dan orang ramai lain turun untuk lihat.

No Image Caption

“Ketika itu wanita berkenaan masih hidup dan dia meminta kami di lokasi untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR). Saya terus buat panggilan kecemasan.

“Saya tidak berani sebab terlampau banyak darah, tetapi ada individu lain yang berikan bantuan pernafasan. Sehinggalah ambulans sampai, wanita itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, keadaan wanita itu dilihat sangat teruk dan ada beberapa lebam pada badan wanita tersebut.

Bercerita lanjut, Faizan berkata beliau tidak memberikan perhatian kepada van berkenaan kerana ada sebuah lagi kenderaan di hadapan keretanya.

Bagaimanapun, katanya van itu memecut laju selepas mencampak wanita tersebut ke atas jalan raya.

Tragis dan menyayat hati. Tergamaknya sang suami jika benar dia yang menjadi angkara semua ini. Sama-sama kita doakan ada keadilan buat mangsa.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang