BERPINDAH membuka berpeluang kepada seseorang untuk menukar perspektif terhadap sesuatu perkara.

Lazimnya perasaan teruja akan muncul apabila kita ‘start fresh’ di tempat baharu.

Ada yang memilih untuk berhijrah dari desa ke bandar untuk mengubah status sosial kehidupan.

Pun begitu, ramai juga yang meninggalkan negara kelahiran demi mendapatkan peluang yang lebih cerah di negara orang.

Data yang dijana oleh Google sepanjang 12 bulan lalu menunjukkan Dubai menjadi bandar pilihan nombor satu penduduk dunia untuk berpindah.

Carian tentang ‘berpindah ke Dubai’ adalah yang tertinggi di 60 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia, demikian lapor Daily Mail.

Mengapa bandar di Emiriah Arab Bersatu itu menjadi kesukaan ramai?

 

PELUANG PEKERJAAN

Penyedia perkhidmatan kewangan, Remitly yang menjalankan penyelidikan memberitahu, pelbagai peluang pekerjaan yang tersedia di bandar itu antara faktor ia menjadi lokasi pilihan.

Selain itu, Dubai juga memiliki infrastruktur yang semakin berkembang, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang cemerlang serta prospek tiada cukai pendapatan.

“Oleh sebab demikian, bandar yang dikenali sebagai Permata Gurun menyaksikan peningkatan populasi mencecah 3.6 juta buat pertama kalinya pada 2023,” katanya.

Sementara itu, bandar metropolis, Miami berada di tangga kedua dan ibu kota Perancis iaitu Paris pula berada di tempat ketiga.

Miami yang terletak di sepanjang pantai Florida menjadi kesukaan penduduk dari 12 negara termasuk Greece dan Argentina.

Paris pula merupakan lokasi yang sering dicari oleh masyarakat dari Madagascar dan Senagal.

Dalam pada itu, kajian sama mendedahkan Amerika Utara sebagai benua paling popular apabila lapan bandar di wilayah itu mengungguli tujuh tangga teratas.

Baca juga: Tak sempat nak tayang rekod Guinness World Records, skydiver tertua meninggal dunia

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Data tersebut turut menyenaraikan bandar raya New York, Madrid dan Singapura berada di tempat keempat.

Kedudukan kelima bandar pilihan penduduk dunia pula ialah London dan Brussels.

Penduduk Portugal, Sepanyol dan Jerman dilaporkan berminat untuk berpindah ke London.

Iklan

Mereka yang berasal dari Monaco dan Switzerland pula dilihat ingin tahu tentang penempatan semula ke Brussels.

Data itu seterusnya mendedahkan Toronto berada pada kedudukan keenam.

Bandar Washington, Buenos Aires, Christchurch, Quebec City, Bogota, Portland, Vienna, Phoenix dan Chicago pula berada pada kedudukan ketujuh.

SUMBER Aleksandar Pasaric daripada PEXELS.

IDEA BERPINDAH

Mengulas mengenai penemuan tersebut, Pengarah Pengurusan Perniagaan Remitly, Jago McKenzie berkata, orang ramai lazimnya mempunyai idea untuk berpindah ke negara lain sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Baca juga: Usia baru 2 tahun, sudah kenal 195 bendera dunia. Kehebatan Aimen jadi kebanggaan Asia

Baca juga: 10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

Iklan

“Ia didorong oleh prospek pekerjaan yang lebih besar, kualiti hidup yang lebih baik atau kenaikan gaji bagi membolehkan mereka menghantar wang pulang kepada keluarga.

“Dengan pemikiran itu, tidak hairanlah ramai penduduk di seluruh dunia mencari maklumat tentang bandar yang boleh menjadi rumah mereka seterusnya,” katanya.

Benarlah, peningkatan taraf hidup adalah faktor penarik utama migrasi.

Tempat yang menyediakan banyak kemudahan dan peluang pula pasti menjadi pilihan ramai orang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!