KANAK-KANAK berusia dua tahun lazimnya diajar untuk mengenal abjad abc atau mengira nombor satu hingga sepuluh.

Di samping itu, mak ayah juga sudah mula memperkenalkan  anggota badan seperti bahagian muka, tangan dan kaki.

Semua itu adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai anak-anak pada awal usia.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak di India.

Walaupun umurnya baru dua tahun sembilan bulan, si kecil itu mampu mengenal ratusan bendera di seluruh dunia.

Lapor Dunya News, Aimen mendapat pengiktirafan Asia Book of Records apabila berjaya mengenali bendera 195 buah negara pada usia sekecil itu.

Baca juga: Naomi Campbell peraga busana inspirasi Legenda Tasik Chini ilham kreatif Rizman Ruzaini. Jenama Malaysia mendunia!

 

“Lebih mengagumkan, anak lelaki kepada pasangan Pooja dan Akshay itu melakukan tekaan tersebut dalam masa tiga minit 39 saat.

“Kejayaan tersebut menjadikan Aimen pemain terpantas semasa acara pengiktirafan tersebut,” kata portal berita tersebut.

SUMBER Tara Winstead daripada PEXELS

Bukan itu sahaja, si comel tersebut juga berkebolehan meneka logo 50 buah jenama kenderaan dan 25 organ badan manusia.

Baca juga: 10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

SUMBER Ian Turnell daripada PEXELS.

Beliau juga mampu mengenali 36 jenis sayur-sayuran, 36 buah-buahan dan 30 haiwan.

Selain mampu mengira satu hingga seratus, Aimen juga tahu 23 jenis pekerjaan dan boleh meneka 20 imej yang dipertontonkan kepadanya dengan betul.

Memang luar biasa, kan?

Iklan

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

Baca juga: Tak sempat nak tayang rekod Guinness World Records, skydiver tertua meninggal dunia

SUMBER cottonbro studio daripada PEXELS.

Kemahiran tersebut semestinya memerlukan kesungguhan dan minat daripada si kecil itu sendiri.

Namun, ada yang kata gifted atau semula jadi genius.

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil, sentiasalah berdoa untuk mendapat anak yang bukan sahaja bijak dengan ilmu dunia, tetapi akhirat jua.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!