SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami kerosakan otak peringkat major selepas terbabit dalam kemalangan di kolam renang ketika bercuti di sebuah hotel di Mesir.

Indianna Maddison kemudian meninggal dunia ketika beliau diterbangkan kembali ke United Kingdom (UK).

Menurut laporan The Mirror, Madisson sedang bercuti bersama ibu bapa dan lapan adik beradiknya pada Disember 2017 di negara itu.

Baca juga 7 bulan menyamar doktor pelatih di Australia, wanita Malaysia didenda RM29,743.59

Selepas terjatuh ke dalam kolam, seorang pelancong telah membantunya dengan melakukan teknik CPR sebelum kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital terdekat yang mengambil masa 35 minit.

Apabila berada di hospital, Maddison mula mengalami sawan dan strok.

Si kecil itu kemudian dipercayai mengalami kerosakan otak sebelum beliau diterbangkan pulang ke UK pada malam Krismas.

Namun, beliau meninggal dunia pada Boxing Day selepas mengalami serangan jantung.

INKUES

Cerita itu tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila keluarganya membawa kes anak mereka ke mahkamah.

Menerusi inkues kematian Maddison, mendiang mati ‘disebabkan kesan hampir lemas di Mesir yang menyebabkan kekurangan penjagaan kecemasan tempatan dan penjagaan hospital.’

Iklan

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perbicaraan di Mahkamah Koroners Newcastle, ibu Maddison, Kelly, 42, dan ayah, Tommy, 48, yang berasal dari Bishop Auckland berkata: “Kami merindui anak kesayangan kami setiap hari.

“Dia adalah gadis kecil kami yang gembira dan kami sentiasa melindunginya dalam apa jua cara yang kami boleh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Untuk mengetahui bahawa kita tidak akan pernah melihat dia membesar bersama abang dan kakaknya atau bersama-sama mengharungi peristiwa penting seperti memulakan sekolah, berkahwin dan mempunyai anak sendiri, sangat sukar diterima.

Iklan

“Kini sudah empat tahun sejak ia berlaku, tetapi kesakitan tidak pernah hilang. Menempuh segala-galanya sekali lagi di inkues adalah sukar, tetapi kami bersyukur kerana mendapat jawapan.”

Sementara itu, kepada The Mirror, Daniel Matchett yang merupakan seorang pakar peguam kecederaan serius antarabangsa berkata, kes Maddison merupakan kes yang sangat tragis apabila menyaksikan seorang gadis muda telah kehilangan nyawanya dan sebuah keluarga berdepan dengan kehilangan orang yang mereka sayangi.

Sumber The Mirror
Foto BBC