CEO curang dengan pengurus HR di konsert Coldplay, Chris Martin tak sengaja kantoikan menerusi 'kiss cam'. 'Apa ni? hubungan sulit atau sangat pemalu...'
SIAPA sangka hadir ke konsert kumpulan popular Coldplay, pasangan berselingkuh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat astronomi, Andy Byron dan Pengurus Sumber Manusia, Kristin Cabot menjadi perangkap hingga hubungan mereka terdedah.
Byron yang sudah berkahwin kelihatan cuba mengelak perhatian apabila dia dirakam bermesra dengan Cabot semasa konsert Coldplay di di Gillette Stadium, Amerika Syarikat.
Reaksi canggung pasangan itu selepas wajah mereka muncul di 'kiss cam' mencetuskan spekulasi curang di media sosial.
Mereka yang sedang bermesra tiba-tiba dirakam kamera berkenaan yang mengundang komen daripada vokalis utama Coldplay, Chris Martin.
“Oh, tengok pasangan ni,” katanya apabila wajah mereka terpampang di skrin besar.

Namun, reaksi spontan pasangan itu yang segera tunduk, cuba menyembunyikan diri dan berlalu membelakangi lensa membuatkan beliau berseloroh, “Oh, apa ni… sama ada mereka ada hubungan sulit atau mereka sangat pemalu.”
Sekadar info, Byron menyandang jawatan CEO dan pengarah di Astronomer sejak tahun 2023.
Sebelum menyertai syarikat itu, beliau pernah berkhidmat di beberapa firma teknologi lain.
Cabot pula menyertai syarikat berkenaan sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia pada tahun 2024.

Dalam satu kenyataan media, Byron dikatakan pernah memberikan pujian kepada Cabot.
“Kepimpinan cemerlang Kristin dan kepakarannya yang mendalam dalam pengurusan bakat... menjadikannya pilihan yang tepat untuk Astronomer.”
Video tersebut dengan pantas menjadi tular, dengan pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi yang mempersoalkan tingkah laku Byron yang masih bergelar suami orang.
Byron telah mendirikan rumah tangga dengan Megan Kerrigan Byron.
Sepanjang perkahwinan mereka, Kerrigan kekal dengan gaya hidup yang sederhana dan jarang tampil di khalayak, selain turut menjaga privasi anak-anak mereka daripada perhatian umum.
Difahamkan, selepas kejadian berkenaan tular, Kerrigan telah membuang nama keluarga Byron.
Malah wanita itu telah menyahaktifkan akaun media sosialnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

