‘Mummy… daddy dah kahwin lain.’ Dalam diam 5 tahun dimadukan! Wanita ini nekad berpisah setelah 8 tahun perkahwinan
DUNIA seakan gelap apabila perkahwinan yang sudah mencecah lapan tahun yang disangka sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata akhirnya goyah dek satu mesej daripada suaminya: “Mummy, daddy dah kahwin lain.”
Itulah yang dirasai seorang wanita, Nofy Jamil, yang berkongsi kisah pilu rumah tangganya melalui satu siaran langsung di TikTok.
Beliau meluahkan rasa kecewa terhadap suami yang disangkakan penyayang, baik, dan romantik, rupa-rupanya berlaku curang di belakangnya.
“Kami dah kahwin lapan tahun. Tak pernah gaduh. Semua orang kagum dengan hubungan kami.
“Masa dapat mesej tu, saya anggap macam gurauan... main-main, sebab dia sangat ‘sweet’, sangat penyayang.
“Kami memang belum ada anak. Saya anggap itu bukan masalah dalam hubungan kami. Saya pernah ajak ambil anak angkat, dia kata ‘tak apa, Daddy la jadi baby’.
“Jadi bila anak tiri mesej kata Daddy dah kahwin lain, saya terus tanya kenapa? Dia cuma jawab... ‘takdir’. Memang saya tak boleh terima langsung,” kata Nofy, yang turut mendedahkan bahawa pengakuan itu berlaku ketika malam Nuzul al-Quran tempoh hari.

Tidak lama selepas itu, satu lagi bukti kecurangan terbongkar. Sepulangnya dari berbuka puasa bersama adiknya, Nofy menemui sepucuk surat di peti surat rumah mereka.
Hatinya hancur apabila mengetahui suaminya telah membeli sebuah rumah lain, untuk didiami bersama isteri keduanya.
Lebih menyakitkan hati, si suami dikatakan telah bernikah di Songkhla, Thailand sejak tahun 2020 lagi, bermakna wanita itu telah dimadukan secara senyap selama hampir lima tahun.
Akibat kecurangan dan penipuan tersebut, Nofy akhirnya nekad untuk menuntut penceraian dan memulakan hidup baharu.

“Bila cakap dengan keluarga perempuan tu, mereka jawab, ‘Lelaki boleh kahwin empat’.
“Adik ipar saya kata, ‘Kak Ngah dah buat yang terbaik.’ Saya pun tak tahu... Saya muhasabah diri. Mungkin ada kekurangan. Saya bukan tak sedih. Tapi kalau saya bertahan, sampai bila?
“Saya suruh dia ceraikan perempuan tu. Tapi suami jawab, ‘Kenapa kahwin kalau untuk bercerai? Mummy tanyalah sejuta kali sekalipun, tiada benda yang akan berubah.’
“Saya kata tak mengapa... Kalau isteri pertama cukup baik, takkan ada yang kedua. Dia kata ‘sayang’, tapi kalau sayang, semua ni takkan terjadi,” luahnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
