Cermin dedah rahsia lelaki 'kantoi' curang

A
A
A

SEORANG wanita berjaya membongkar rahsia teman lelakinya yang berlaku curang menerusi kiriman gambar yang dihantar.

Wanita yang dikenali sebagai Megan Marie itu kemudian memuat naik gambar tersebut di aplikasi TikTok sehingga mendapat lebih sejuta tontonan.

Difahamkan, perkara itu bermula apabila Megan bertanyakan kepada lelaki terbabit mengenai apa yang sedang dia lakukan.

Kekasihnya itu kemudian membalas mengatakan bahawa dia sedang menonton acara sukan Olimpik bersama beberapa kenalan lelaki.

Namun, niat lelaki itu untuk menipu kekasihnya tidak berjaya apabila Megan berjaya membuktikan kekasihnya sedang bersama seorang wanita lain.

"Dia fikir saya ini bodoh. Saya melihat dia bersama seorang wanita di atas sofa menerusi biasan cermin yang ada di cabinet televisyen.

"Sekiranya melihat gambar tersebut secara terperinci atau zum, saya dapati terdapat beberapa buah buku mengenai fesyen yang pastinya ia dimiliki oleh wanita," terang Megan.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kebijaksanaan Megan yang dapat menjejak maklumat secara terperinci tidak ubah seperti seorang detektif.

Bagaimanapun, terdapat juga yang mengatakan Megan bersifat cemburu dan membuat tuduhan melulu terhadap kekasihnya.

"Tidak adil menilai seseorang hanya dengan sekeping gambar. Mungkin rakannya sedang melakukan hal sesuatu dan membiarkan teman lelaki bersama kekasihnya seketika menonton televisyen," kata seorang pengguna TikTok.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang