Mohandas Karamchand Ghandi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi merupakan pemimpin India yang dikenal sebagai tokoh yang penuh dengan kedamaian. Namanya bukan sahaja terkenal dan disebut di bibir rakyat India.

Malah, ikon spiritual dan tokoh politik dikenang sebagai antara figura penting mempromosikan gerakan demonstrasi tanpa keganasan. Wajahnya dengan cermin mata dengan rekaan bulat cukup dikenali seantero dunia.

Cermin mata Mahatma Gandhi dilelong dengan harga RM1.42 juta, tertinggi dalam sejarah

Maka tidak hairanlah apabila cermin mata yang dipakainya dahulu mempunyai nilai yang sangat luar biasa tinggi. Terbaru menurut sumber, dilaporkan bahawa cermin mata Mahatma Gandhi telah berjaya dilelong dan dijual pada harga lebih RM1.42 juta. Ia telah dilelong dalam satu majlis lelongan di East Bristol Auctions.

Menurut sumber, cermin mata daripada pemimpin tersohor itu dibeli menerusi panggilan telefon oleh seorang pengumpul dari Amerika Syarikat. Harga jualan cermin mata tersebut juga dikatakan dijual melebihi daripada harga jangkaan.

Ia juga telah memecahkan rekod baharu buat East Bristol Auctions. Cermin mata Mahatma Gandhi tersebut sebelum ini dimiliki oleh seorang warga emas dari Magotfield, UK yang mengatakan cermin mata tersebut telah diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya dalam keluarga.

Cermin mata Mahatma Gandhi dilelong dengan harga RM1.42 juta, tertinggi dalam sejarah

Iklan

Ia menjadi milik keluarganya selepas salah seorang ahli keluarga bertemu Mahatma Gandhi sekitar tahun 1920-an.

Lebih menarik lagi warga emas tersebut tidak sedar bahawa cermin mata tersebut mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi. Cermin mata itu telah disimpan di dalam laci almari sejak 50 tahun yang lalu.

Iklan

Lelongan ini juga dikatakan antara yang paling tinggi dicatatkan untuk sebuah cermin mata dalam sejarah.

Sumber: BBC