Choupette kucing terkaya, punyai bisnes dan akaun bank sendiri

A
A
A

SUDAHLAH comel, kaya pula. Untungnya ia! Itulah perkataan yang dapat digambarkan apabila seekor kucing peliharaan menjadi pewaris harta.

Choupette, mungkin menjadi seekor kucing yang terkaya di dunia kerana ia mempunyai perniagaan sekali gus akaun bank sendiri.

Kucing tersebut merupakan buah hati kepada mendiang seorang legenda dalam dunia fesyen German, Karl Lagerfield.

Memetik laporan Mirror, Karl meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu akibat komplikasi kanser di usia 85 tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Semasa hayatnya, Choupette merupakan cinta hati yang sangat disayangi Karl. Choupette dilayani bak puteri raja!

Dilaporkan juga, Choupette dijaga oleh dua pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya dan bermain dengan kucing berwarna putih itu.

Malah, Choupette juga dikatakan sudah biasa dengan kehidupan mewah dan dimanjakan.

Kucing terkaya ini turut memiliki sebuah ipad untuk menghilangkan bosan apabila puas bermain.

Selain itu, Choupette turut pernah dibawa menaiki pesawat peribadi, mempunyai beg LV yang direka khas untuknya serta menikmati hidangan kaviar dan salmon salai dari restoran terbaik di Paris.

Choupette kucing terkaya, punyai bisnes dan akaun bank sendiri

Choupette turut mempunyai chef peribadi di mana ia dihidangkan empat jenis hidangan mewah berbeza setiap hari.

Antara menu kegemarannya adalah king crab, smoked salmon dan kaviar.

Karl yang juga seorang pereka fesyen Chanel itu mewasiatkan dan meninggalkan harta bernilai $200 juta (RM828.20 juta) kepada haiwan comel tersebut.

Apa yang tambah menariknya, Choupette juga turut 'membuat' duit sendiri dengan menjadi model photoshoot dan pengiklanan.

Difahamkan sehingga kini Choupette telah memiliki $4 juta (RM17.3 juta) hasil daripada pekerjaan berkenaan.

Baca juga Akauntan jimat ekstrem, lapan tahun tak beli pakaian, dedah cara ‘survive’ di New York

Selepas pemergian Karl, peminat yang mengambil berat tertanya-tanya mengenai keadaan terkini Choupette.

Namun, ia dimaklumkan berada dalam keadaan sihat dan menjalani kehidupan mewah seperti biasa.

Choupette kini dijaga oleh seorang pengasuh yang juga merupakan penjaga rumah Karl Lagerfeld di Paris.

Sumber: DaebaKing, Mirror, Instagram choupetteofficiel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang