Covid-19 : Lelaki ini berhabis hampir RM 17,000 hanya untuk pelitup muka, baru ada gaya

A
A
A

PELIK tapi benar! Demi untuk dibuat sebagai pelindung diri agar dapat mengurangkan risiko jangkitan pandemik Covid-19 yang kini masih belum ditemukan penawarnya, seorang lelaki dari Pune, India, sanggup membelanjakan wang sebanyak 14,200 dirham (kira-kira RM16,576) hanya untuk membeli pelitup muka logam yang disadur dengan emas.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh Gulf News, kisah pelik lelaki yang dikenali sebagai Shankar Kurade itu bukan saja menjadi tajuk berita utama tetapi turut tular di laman sosial.

Covid-19 : Lelaki ini berhabis hampir RM 17,000 hanya untuk pelitup muka, baru ada gaya

Shankar menjadi perbualan sensasi di laman sosial ekoran daripada topeng emasnya ini, sehinggakan ada yang mempersoalkan keberkesannya dalam melindungi diri daripada ancaman wabak pandemik tersebut.

Shankar ketika ditemu bual oleh pemberita memberitahu dia sendiri tak pasti sama ada pelitup mukanya itu berkesan atau tidak dalam mencegah dirinya daripada ancaman Covid-19.

“Pelitup muka ini nipis dan mempunyai lubang jadi tidak sukar untuk saya bernafas. Namun, saya tidak pasti sama ada pelitup muka ini membantu,” katanya.

Namun, Shankar bukanlah individu pertama yang mempunyai topeng muka emas seperti ini kerana pernah ada individu di India yang mempunyai topeng muka daripada perak.

“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak.

“Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” jelasnya lagi.

Covid-19 : Lelaki ini berhabis hampir RM 17,000 hanya untuk pelitup muka, baru ada gaya

Wah dah macam berlawan-lawan diorang ni. Masing-masing tak nak kalah. Unik, only made in India gais!

Namun sebenarnya apa yang dilakukan Shankar adalah kebiasaan buat si ‘penggila’emas. Mereka pasti akan berasa janggal apabila tidak memakai sebarang perhiasan tersebut di badan mereka.

Tak kiralah ianya sejenis rantai, gelang mahupun cincin, ketiadaannya akan membuatkan penggemarnya berasa serba ‘kekurangan’. Cuma apa yang dilakukan Shankar adalah sangat jarang-jarang dibuat. Mana taknya dekat RM17,000 hanya untuk buat pelitup muka jer.

Apa-apa pun gaya itu penting. Betul tak? Korang pakai pelitup muka apa jer tu?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang