MISS World 2021 (MW21) menangguhkan sementara pentas akhir siaran global Koliseum Puerto Rico Jose Miguel Agrelot di Puerto Rico kerana kepentingan kesihatan dan keselamatan peserta, kakitangan, krew dan orang awam.

Perkara tersebut diputuskan penganjur selepas bertemu dengan pakar virologi dan pakar perubatan yang dipertanggungjawabkan dalam acara MW21 serta berbincang dengan Jabatan Kesihatan Puerto Rico.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pentas gah itu akan kembali diadakan dalam tempoh 90 hari dari hari ini.

Itu kerana penularan kes jangkitan Covid-19 di kalangan wakil dan staf MW21 sangat tinggi mengakibatkan terjadinya kluster MW21.

Setakat kelmarin, langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan untuk kepentingan terbaik peserta, pasukan produksi dan penonton bagi memahami acara itu meningkatkan risiko di atas pentas dan di bilik persalinan.

Covid-19 menular, pentas akhir Miss World 2021 ditangguh dalam 90 hari

Bagaimanapun, kes positif makin bertambah sehingga pagi kelmarin dan akhirnya perundingan bersama pegawai kesihatan dan pakar, keputusan penangguhan terpaksa dibuat.

Langkah seterusnya menurut pakar perubatan ialah kuarantin segera, menunggu pemerhatian dan ujian lanjut mengikut amalan terbaik dalam situasi seperti ini.

Iklan

Baca juga Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri

Iklan

Setelah habis tempoh kuarantin peserta dan kaki tangan yang telah bebas Covid-19 akan pulang kembali ke negara asal mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Miss World Ltd. Puerto Rico, Julia Morley berkata, pihaknya sangat menantikan kedatangan semula peserta untuk bersaing merebut mahkota Miss World 2021 serta menawarkan persekitaran yang selamat dan pentas yang menakjubkan untuk penggambaran Festival Ratu Dunia itu.

Foto: Instagram missworld