CUCI longkang, angkut sampah dari dalam sungai, demikian adalah antara aktviti sukarela yang dilakukan anak-anak muda di Indonesia. Ia malah dikatakan warganet sebagai konten yang jarang dihasilkan warga maya.

Tidak seperti kandungan TikTok yang selalunya berbentuk humor, video berdurasi 2 minit 18 saat itu memaparkan kegigihan masing-masing tekun bekerjasama mengeluarkan sampah sarap dari sebatang sungai.

Baca juga: [VIDEO] Cuci longkang tersumbat di lebuh raya hingga tenggelam badan, aksi pekerja pembersihan sentuh hati warganet

Sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka sebagai Pandawara melakukan aktviti seperti pekerja pembersihan mengeluarkan longgokan sampah sarap daripada sungai agar sistem saliran tersebut lancar.

Menurut salah seorang daripada mereka, kerja-kerja pembersihan sungai yang kotor itu memerlukan masa lebih dari sehari.

“Sungai paling ekstrem sejauh ini,” titipnya dengan menggunakan hashtag #pandawara #onedayonetrashbag.

Tanpa menggunakan peralatan canggih, sampah-sarap yang terapung pada permukaan sungai dikaut dan dikutip menggunakan tangan sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibawa ke kawasan pelupusan sampah.

Baca juga: Siap sedia, peralihan monsun 3 Oktober hingga November berpotensi banjir, ini info wanita perlu tahu

Paparan video berkenaan meraih perhatian warga maya hingga meraih 2.4 juta tanda suka dan 17.9 juta tontonan. Kebanyakannya memuji tindakan kumpulan anak muda itu melakukan aktiviti pembersihan secara suka rela sehingga sungai tersebut bersih.

Tidak kurang pula yang berharap perkara positif sedemikian menjadi ikutan di laman sosial dan meminta mereka mempertingkatkan keselamatan diri dengan memakai pelitup muka dan pakaian yang selamat.

-“Kalau tidak mampu jadi seperti mereka, janganlah buang sampah merata-rata cintailah sungai kita.”

-“Terima kasih saudara di sana kami di Malaysia mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan amin.”

-“Pergerakan anak muda seperti ini sepatutnya menjadi trend.”

-“Cuba pakai pelitup muka pula lepas ni ya.”

-“Secara tak langsung mereka berkhidmat untuk manusia, haiwan dan alam. Semoga ALLAH balas perbuatan baik kalian ini.”

-“Anak-anak muda ini patut menerima penghargaan.”

@pandawaragroup sungai ter-ekstrim sejauh ini #pandawara #onedayonetrashbag ♬ B.Y.O.B. – System Of A Down

Iklan

Baca juga: Campak sampah sampai pecah kereta orang, perkongsian wanita ini bikin ramai panas hati

Tinjauan SinarPlus mendapati akaun TikTok yang memiliki 363,000 pengikut dan 10.1 juta tanda suka itu hanya memuat naik video berkaitan kerja pembersihan sahaja.

Mula memuat naik video pada 22 Ogos, kini 35 video telah dikongsi.

Aktiviti pembersihan anak-anak muda itu tidak terhad di kawasan sungai sahaja malah turut dilakukan di kawasan padang awam dan air terjun.

Baca juga: Lelaki jumpa telefon pintar dan masih berfungsi selepas 10 bulan hilang dalam sungai. Ini tip jika telefon dimasuki air

Sampah sarap yang mengotori sistem saliran menjadi salah satu punca ia tersumbat hingga tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak.

Hal ini akan mencetuskan bencana banjir kilat seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta benda.

Iklan

Tidak hanya pihak berkuasa tempatan yang perku menjalankan kerja-kerja pembersihan, kesedaran menguruskan sampah sarap dengan betul perlu dipupuk dalam masyarakat bagi mengelakkan situasi tidak sihat ini.

Baca juga: Sukarelawan meninggal tika menabur bakti dalam Ops Banjir, pemergian dicemburui hari Jumaat

Sumber: TikTok pandawaragroup

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi