Cukur kepala anak, ibu palsukan diagnosis kanser demi raih wang derma

A
A
A

 

SEORANG wanita sanggup mencukurkan kepala anaknya berusia tujuh tahun hingga botak termasuk memalsukan diagnosis kesihatan demi meraih wang sumbangan dengan jalan mudah.

Suspek, Pamela Reed mendakwa kanak-kanak itu menghidap leukemia mieloid akut.

Dia juga didakwa pada Isnin lalu atas tuduhan mencuri dengan menipu menggunakan anak perempuannya, Addey Rae.

Baca juga:Ditemui tak bernafas sambil berpelukan dalam kotak mainan, kisah tragis beradik kembar bikin gempar

Menerusi penipuan palsu tersebut, beribu-ribu dolar telah dikumpul oleh ibu yang berasal daripada Ohio, Amerika Syarikat itu.

Pejabat Syerif Daerah Noble mengesahkan perkara tersebut berkata, perbuatan Pamela terbongkar apabila seorang jururawat menyedari dan memaklumkan kepada mereka tentang pemalsuan berkenaan.

"Selepas mendapatkan maklumat, Sheriff Mackie, bersama dengan detektif dan perkhidmatan kanak-kanak memulakan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Mereka mengesahkan bahawa kanak-kanak itu tidak menghidap kanser," katanya.

Antara dakwaan suspek ialah diagnosis kanser dan kerap sawan, malah untuk meyakinkan orang ramai, dia mencukur kepala Addey dan menyebabkan anaknya terlepas sesi persekolahan selama 280 jam.

Baca juga: Seperti mimpi lagu ‘Dawai’ viral di Malaysia, raih carta tertinggi buat penyanyi asal terharu

Suspek pada mulanya berbohong kepada penyiasat tetapi kemudian menyatakan dia telah memperbesar-besarkan dan mengada-adakan situasi berkenaan untuk menerima sumbangan kewangan.

Sebelum itu, Kumpulan Facebook, pautan GoFundMe dan pelbagai permohonan derma lain telah dibuat oleh Pamela.

Sumber utama dermanya melalu "Our 'Rae' of Sunshine - Team Addey Rae", di mana gambar-gambar menyedihkan disiarkan.

Baca juga:Tahniah! Yana Samsudin timang anak ketiga, terharu suami hadiahkan pakej bersalin. Ingat sudah kurang sayang

Gambar-gambar palsu itu memaparkan Addey terbaring di katil hospitalnya, diberi kapsyen yang menyentuh hati daripada ibunya.

"Anak perempuan saya adalah salah seorang gadis kecil yang paling kuat di planet ini. 22 tiub darah hari ini dan ultrasound.

"Dia begitu berani melalui semua itu... Addey, ibu, ayah dan adik-beradiknya sudah bersedia untuk mimpi ngeri ini!"katanya.

Pamela kini ditahan di penjara Noble County.

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang