Dek kerana ayam belanda, wanita nyaris maut, bertarung nyawa tercekik berus gigi

MALANG tidak berbau. Itu kejadian yangh berlaku kepada seorang wanita berusia 21 tahun apabila bertarung nyawa akibat tercekik berus gigi.

Wanita yang dikenali sebagai Heizea hampir maut selepas tercekik berus gigi ketika mahu mengeluarkan cebisan makanan yang tersekat dalam kerongkongnya.

Heizea yang berasal dari Galdakao, Sepanyol berkata, pada 29 November lalu dia memakan hidangan ayam belanda sehingga menyebabkannya tercekik.

Sebagai kaedah terdesak mengeluarkan makanan itu, Heizea mencapai berus giginya dan cuba menarik keluar cebisan itu.

Namun, cubaan mengeluar makanan itu gagal apabila berus gigi terlepas dari genggaman tangannya lalu termasuk dalam kerongkong.

Ujar Heiza, dia perlu mengeluarkan cebisan makanan itu dengan kadar segera kerana tiada sesiapa berada disekelilingnya.

Baca juga ‘Labuhnya tudung, sopan je.’ Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai!

“Ayah saya tidak dapat membantu kerana dia berkerusi roda, jadi saya terpaksa bertindak sendiri menggunakan berus gigi.

“Oleh kerana keadaan semakin teruk, saya mengambil benda pertama untuk dipegang iaitu berus gigi untuk cuba mengeluarkan cebisan makanan itu,” katanya.

Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital dan semasa dalam perjalanan ke sana, dia tidak berasa sakit.

Iklan

Baca juga Paling ramai billionaire dengan jumlah aset luar biasa, ini senarai 10 bandar terkaya di dunia yang buat ramai kagum

“Mereka (kakitangan hospital) bergegas mengeluarkan peranti pergigian dalam prosedur dilakukan selama 40 minit dalam keadaan saya separuh sedar.

“Mereka menggunakan benang pembedahan dengan melilit di kepala berus dan berjaya menariknya keluar.

“Apabila saya terjaga, berus gigi itu diletakkan atas meja sisi katil dan mujurlah dapat bernafas seperti sedia kala,” tambahnya.

Iklan

Sumber: NDTV, New York Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!