Demi content, influencer wanita maut terjatuh kren setinggi 160 kaki
MALANG tidak berbau.
Keasyikan seorang influencer wanita merakam video untuk menghasilkan content buat followers di media sosial telah meragut nyawanya.
Xiao Qiumei dikatakan maut selepas terjatuh dari ketinggian 160 kaki ketika membuat rakaman video menggunakan telefon pintar di China.
Difahamkan, content terbabit adalah untuk disiarkan menerusi aplikasi Xiaoqiumei.
Beliau yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut selalu berkongsi video mengenai rutin hariannya yang bertugas mengendalikan jentera bersaiz besar itu.
Baca juga 3 Kejadian barang jatuh dari 'langit', kali ini ragut 3 nyawa
Saksi melaporkan ketika ditemukan Xiao berusia 23 tahun telah terjatuh dan telefon pintarnya masih berada dalam gengaman tangan.Tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang Selasa apabila sebahagian besar pekerja telah pulang ke rumah.
Sementara itu, pengguna media sosial menyifatkan video Xiao yang tular secara meluas adalah rakaman yang diambil ketika mangsa berada di atas kren.
Bagaimanapun, keluarganya menafikan dan menyifatkan bahawa Xiao yang mempunyai dua anak kecil profesional di tempat kerja.
Beliau dikatakan sentiasa menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg ketika bertugas.
Difahamkan, Xiao merupakan wanita indivdu kedua di China yang maut dipercayai ketika merakamkan video untuk content media sosial.
Pada 10 Jun lalu, Sofia Cheung, influencer media sosial di Hong Kong dilaporkan maut semasa mengambil swafoto di kawasan air terjun.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: The Sun UK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang