DILAHIRKAN tidak sempurna atau cacat anggota badan bukanlah batu penghalang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Ramai individu kelainan upaya yang dilahirkan tanpa tangan atau kaki dilihat mampu membina kerjaya kerana kegigihan mereka untuk berdikari bagi mengubah taraf hidup.

Apa yang penting, kesungguhan mengejar cita-cita dan mahukan yang terbaik dalam hidup antara menjadi pencetus semangat golongan kelainan upaya itu untuk terus survival.

Baru-baru ini, selebriti berpengaruh Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki dilaporkan berjaya menempah nama besar dengan pencapaian yang hebat.

Mana tidaknya, selain menjadi pengasas Life Without Limbs, organisasi khas untuk orang kelainan upaya, bapa kepada empat cahaya mata itu juga seorang pakar motivasi, penulis buku dan pelakon.

Itu kisah Vujicic, namun cerita mengenai seorang kanak-kanak istimewa di Iowa, Amerika Syarikat tidak kurang hebatnya dan berjaya menyentuh hati warganet.

budak OKU tanpa lengan jadi polis

Budak itu yang dikenali sebagai Harrison Humphries berusia 6 tahun itu dilahirkan tanpa kedua belah tangan menyimpan impian untuk menjadi seorang penyiasat atau pegawai polis pada satu hari nanti.

Bukan sekadar cita-cita, si kecil itu juga sudahpun menjalani tugas memantau kawasan komuniti bersama mentornya, seorang pegawai polis peronda, Rolf Seiferheld.

Lapor inspiremore.com, kisah Humphries yang tular di media sosial itu berjaya menarik perhatian.

Ramai yang salute usaha murni pegawai polis yang sudi membantunya mengejar cita-cita.

budak OKU tanpa lengan jadi polis

Selain bersama meninjau kawasan kejiranan setiap malam Jumaat, budak lelaki tersebut juga ditugaskan untuk memastikan kelengkapan seperti walkie talkie dan sistem radio dalam keadaan baik.

Ya! Gayanya tak ubah seperti seorang pegawai polis cilik. Agak lucu sebenarnya bila si comel itu beraksi di dalam kereta peronda.

Iklan

Ramai yang memuji kebaikan hati pegawai tersebut yang sanggup meluangkan masa untuk Humphries merasai kehidupan seorang pegawai polis.

budak OKU tanpa lengan jadi polis

Bercakap mengenai keistimewaan kanak-kanak tersebut, ibunya, Tara Humphries terharu apabila pihak polis sudi merealisasikan impian anaknya.

Menurut beliau, anaknya yang dilahirkan tanpa lengan, tulang kaki sehingga pinggul, fibula dan tulang paha itu pada mulanya disangka akan terlantar seumur hidup.

“Sebaik saja Humphries dilahirkan dengan keadaan seperti itu, saya sudah reda dan beranggapan anak tidak boleh berjalan dan tidak mampu makan sendiri atau buat apa-apa,” katanya.

Iklan

budak OKU tanpa lengan jadi polis

Namun, satu keajaiban berlaku apabila budak lelaki tersebut mampu menggunakan kaki untuk bermain, waima memberus gigi, menyikat rambut atau memakai baju sendiri.

Hebat bukan? Semangat Humphries memang luar biasa. Walaupun masih mentah, namun si kecil itu sudah menyimpan cita-cita luar biasa.

Barangkali bagi segelintir orang, cita-cita tersebut sukar untuk direalisasikan dek kerana kekurangan diri, namun tuah manusia siapalah yang tahukan?