PANDEMIK wabak Covid-19 menyebabkan semua negara terjejas, bahkan situasi lebih memburuk dengan gelombang jangkitan baharu, varian Delta.

Bukan setakat Malaysia, negara jiran seperti Indonesia juga turut terkesan dari segi ekonomi mahupun sosial.

Disebabkan itu, ramai yang takut-takut untuk keluar ke rumah, sama ada untuk membeli-belah mahupun menikmati makanan di kedai walaupun kerajaan sudah melonggarkan peraturan.

kedai makan sayang

Situasi itu juga membuatkan ramai pengusaha makanan buntu apabila jumlah kedatangan tidak ramai berbanding sebelum ini.

Malah, ada yang terpaksa gulung tikar disebabkan tidak mampu untuk meneruskan perniagaan kerana tiada pusingan modal.

Bagi memastikan kelangsungan bisnes makanan dapat bertahan, rata-rata pengusaha cuba cara terbaik untuk menghasilkan makanan yang lazat.

Terdapat juga peniaga yang menawarkan harga murah, selain memberi makanan sampingan percuma seperti air atau buah.

Pun begitu, pendekatan yang diambil seorang pemilik Rumah Makan Alami Sayang di Wonogiri, Jawa Tengah, benar-benar berjaya menarik perhatian pelanggan.

kedai makan sayang

Mana tidaknya, semua pelanggan yang datang ke kedai disapa mesra dengan panggilan ‘sayang’.

Tidak kira usia, pangkat dan jantina, mereka dilayan mesra sehingga ada membuatkan pasangan suami isteri atau kekasih yang datang berasa cemburu.

Bayangkan pasangan atau suami kita dipanggil sayang oleh orang lain? Boleh terima dengan reda atau tidak? 😅

Meskipun ada yang muncung mulut disebabkan cemburu, namun belum ada kes tarik rambut berlaku.

kedai makan sayang

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lapor surakarta.suara.com dan tribunsolo.com, pengusaha makanan yang juga pasangan suami isteri, Martoyo dan Sulastri itu berkongsi cerita di media sosial mengenai keunikan ‘sapaan’ di kedainya.

“Semua rasa gembira dan suka dimanja-manja. Sambil menikmati makanan yang ada, mereka rasa dihargai,” katanya.

Idea tersebut dikatakan cetusan ilham daripada pengalaman pasangan tersebut ketika mengunjungi sebuah pasar di Kalimantan.

Peniaga sayur yang memanggilnya ‘sayang’ membuatkan Sulastri tertarik untuk mempraktikkan di kedai makannya.

kedai makan sayang

Iklan

Disebabkan ramai yang datang ke rumah makan tersebut, pasangan kreatif itu membuka sebuah lagi cawangan di Kabupaten Ngadirojo.

Menarik bukan? Idea panggilan sayang menjadi pelaris. Barangkali kaedah itu juga boleh dipraktikkan pengusaha makanan tempatan.

Tapi, persoalannya, bolehkah? Sesuai tak dengan budaya orang kita?

Bolehkah si isteri atau si suami terima seadanya? Takut jadi masalah pula nanti. Boleh bikin gaduh juga tu…😂😂

Apapun, bagi SinarPlus, selain layanan tip top pengusaha kedai kepada setiap pelanggannya, yang paling penting makanan yang dijual mestilah enak dan pada harga berpatutan. #kitalaluibersama #kitajagakita