Ditipu bertahun, isteri tuntut cerai mas kahwin berupa emas palsu

xr:d:DAF5chtna54:305,j:7663299760161180975,t:24041523
xr:d:DAF5chtna54:305,j:7663299760161180975,t:24041523
A
A
A

 

BERKAHWIN mengikut kemampuan, jangan akhirnya memakan diri. Ini susulan kisah anak perempuan mantan ketua masyarakat di Purwakarta, wilayah Jawa Barat, Indonesia yang diberikan mas kahwin berupa emas palsu oleh suaminya ketika pernikahan.

Wanita yang dikenali sebagai Syifa itu katanya kini mahu menuntut cerai daripada suaminya setelah rahsia tersebut terbongkar.

Selepas bertahun-tahun menjalani fasa berumah tangga dan dikurniakan cahaya mata perempuan, sang isteri tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah emas berkenaan ingin dijual.

Perkahwinan pasangan tersebut sebelum itu dirakam dan menjadi tular di media sosial.

Pengantin lelaki dilihat melakukan ijab kabul dan mengatakan mas kawinnya dibayar secara tunai.

Bapa wanita terbabit berkata, pada awalnya, Syifa tidak tahu bahawa emas yang dijadikan mahar itu palsu.

"Ia mulai terbongkar selepas maharnya itu dibawa ke kedai emas untuk dijual.

"Saya pun terus menanyakan kepada mertua anak, sihat ke? Maaf, bukan mengungkit kesalahan yang lalu, supaya anda tahu mas kawin yang diberikan kepada Syifa adalah palsu," katanya dalam keadaan kecewa.

Namun katanya, ia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada mereka.

Sehingga kini, isu pemberian emas palsu itu masih belum berjaya diselesaikan dan bapa Syifa juga telah meninggal dunia.

Sumber: Tribunes News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang