ALLAH SWT menjadikan manusia dengan pelbagai cara yang dikehendaki-NYA.

Apabila Allah SWT berkehendak dan apabila DIA telah menetapkan sesuatu maka, terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat kun faya kun yang bermaksud: “Jadilah, maka jadilah ia.”

Justeru, kita sebagai hamba yang beriman kepada-NYA, al-Quran dan qada dan qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaran MAHA PENCIPTA.

Jika kita dilahirkan dengan rupa paras yang begitu cantik dipandang, memiliki hidung yang mancung, kulit yang mulus, bibir yang kemerahan dan tinggi lampai, bersyukurlah.

Jika sebaliknya, jangan bersedih kerana kekurangan itu mungkin kelebihan kita di sisi ALLAH SWT.

Di Blok Gempol, Desa Tugu, Kecamatan Lelea, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia misalnya, seorang kanak-kanak menggemarkan republik itu apabila memiliki 24 jari pada kedua-dua tangan dan kakinya. Manusia normal mempunyai 20 jari sahaja.

Dua beradik comel, Galuh dan Galih bikin gempar ada 24 jari...
INSAN TERPILIH. Galuh mempunyai 12 jari pada tangan dan 12 jari pada kaki. Beliau kini dilaporkan semakin petah bercakap dan gemar menikmati makanan ringan. Sumber foto: Instagram @makassar___iinfo

Kanak-kanak lelaki berbadan montel yang bernama Galuh Jagalullah kini bakal menginjak usia 3 tahun.

Galuh yang memiliki 12 jari pada tangan dan 12 jari pada kaki merupakan anak pasangan kepada Ruswati yang berusia 30 tahun dan suaminya, Waryono, 25.

Berita mengenai keistimewaan kanak-kanak itu menjadi tular apabila videonya yang memperlihatkan 24 jari kaki dan tangan dimuat naik melalui Youtube termasuk menerusi Instagram milik @makassa_iinfo tiga hari lalu.

VIDEO yang dimuat naik oleh Instagram @ makassar___iinfo menyaksikan Galuh yang ketika itu berusia setahun lebih mempunyai 24 jari.

Ayah kandung Galuh seperti dipetik melalui portal, suarajabar.id berkata:

Saya sendiri baru tahu kalau anak saya ini viral di Youtube. Tapi kalau dilihat, kemungkinan diambil gambarnya sudah lama, kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu anak saya berumur ssetahun lebih.”

Tidak terhenti setakat di situ sahaja, adik Galuh yang baru dilahirkan kira-kira hampir dua minggu lalu juga mempunyai fizikal yang sama seperti abangnya.

SIHAT WALAFIAT. Galih yang berusia 13 hari ini turut mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki diriba oleh ibunya di kediaman mereka di Desa Tugu Blok Gempol, Kecamatan Lelea, Kabupaten Indramayu. Sumber foto: Tribun Cirebon/ Handhika Rahman)

 

Galih Putrayono yang berusia 13 hari, menjadi perhatian kerana dilahirkan dengan 12 jari tangan dan 12 jari kaki, lapor jabar.tribunnews.com.

Ibu Galuh dan Galih, Ruswati berkata, beliau tidak mengetahui mengapa kedua-dua anak dilahirkan sedemikian rupa.

“Galuh dan Galih dilahirkan secara normal, usia kandungan kedua-duanya pun normal selama 9 bulan.

“Galuh lahir pada tanggal 5 Disember 2017 dan Galih lahir pada 22 September lalu.

“Tidak ada mimpi atau apa, saya cuma terkejut sahaja,” katanya kepada portal tribuncirebon.com kelmarin.

Iklan

Sementara itu, suaminya, Waryono berkata, meskipun kedua-dua zuriat mereka memiliki fizikal yang berbeza tidak seperti kanak-kanak lain, namun, mereka sihat.

Galuh tak lama lagi akan berusia tiga tahun, dia sihat, badannya pun ‘subur’ dan berisi. Adiknya, Galih yang masih berusia 12 hari juga sangat aktif.

Alhamdulillah semuanya sehit, abangnya kini sudah petah bercakap sekarang,” ujarnya.

Pandangan perubatan

Dalam istilah perubatan, kondisi kanak-kanak demikian dikenali sebagai polydactyly iaitu individu yang berjari lebih.

Berdasarkan Journal of the American Osteopathic Association, kelainan sebegitu berlaku sekitar satu daripada 1,000 nisbah kelahiran.

Kebanyakan kes istimewa itu terjadi tanpa sebab yang jelas.

Namun demikian, penyebab polydactyly dipercayai dipengaruhi oleh faktor genetik ketika ibu hamil atau keturunan keluarga.

Iklan

Dengan kata lain, genetik atau riwayat keturunan dari orang tua ke anak dapat menjadi penyebab bayi lahir dengan jumlah jari tangan atau kaki berlebihan.

 Dua beradik comel, Galuh dan Galih bikin gempar ada 24 jari...
PUNCA kepada polydactyly masih belum dikenal pasti namun dipercayai dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan keluarga. Sumber foto: Imperial College London

Kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Freiburg di Jerman yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications menunjukkan, individu dengan polidactily memiliki lebih banyak ketangkasan gerakan.

Saraf otak mereka juga dikatakan lebih cerdas disebabkan mampu mengendalikan jari tambahan. Situasi itu dinamakan sebagai malformasi.

Di Asia, jari tambahan paling banyak ditemukan ada pada ibu jari.

Kelebihan jari itu ada yang bentuknya mirip jari biasa.

Namun, ada juga yang berkembang menjadi tidak normal seperti ukuran yang lebih kecil dan berdekatan dengan jari lainnya.