KETAGIHAN pornografi atau menonton video lucah mampu mendorong seseorang melakukan sesuatu di luar batasan sehingga sanggup membunuh!

Insan yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak menjadi mangsa.

Hal yang terjadi di Bandung, Indonesia baru-baru ini memang mengejutkan.

Lapor detik.com, seorang kanak-kanak perempuan telah dirogol dan dibunuh oleh lelaki yang ketagihan seks.

kanak-kanak dirogol kerana pornografi

Lagi teruk, mayat budak perempuan berusia 10 tahun itu dimasukkan ke dalam guni dan diletakkan di belakang rumah mangsa.

Tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat. Apa yang menyedihkan, mangsa dipukul pada bahagian kepala sehingga mati!

Memetik laporan itu lagi, suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun sudah lama memerhati anak-anak kecil yang mengaji di sebuah masjid di kawasan Pacet, Kabupaten Bandung tersebut.

Selepas tamat kelas mengaji dan solat Isyak berjemaah di masjid tersebut, mangsa yang pulang seorang diri tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan.

kanak-kanak dirogol kerana pornografi

Baca juga Nekad lari setelah didera suami, keluarga mentua remaja malang dirogol 400 lelaki

Tanpa diduga, suspek menekup mangsa dari belakang dan membawanya lari ke sebuah pondok tidak jauh dari rumahnya.

Lelaki durjana itu kemudian merogol mangsa sebelum memukul pada bahagian kepala kanak-kanak itu menggunakan kayu.

Tanpa rasa bersalah, mangsa yang lengkap berpakaian disumbat ke dalam guni sebelum meninggal lokasi kejadian.

kanak-kanak dirogol kerana pornografi

Pun begitu, kehilangan mangsa yang masih belum pulang dari masjid membuatkan keluarganya keluar mencari di kawasan masjid dan rumah rakan-rakan kira-kira jam 10 malam.

Malangnya, bayang kanak-kanak perempuan itu tidak kelihatan membuatkan keluarga malang itu meminta pertolongan orang kampung.

Baca juga Remaja dinoda 33 lelaki dalam 8 bulan, takut buat laporan polis kerana diugut

Iklan

Seolah-olah tidak tahu menahu kejadian itu, suspek berpura-pura membantu mencari mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut detik.news lagi, suspek yang juga jiran mangsa berjaya ditahan polis selepas siasatan dilakukan.

Hasil siasatan mendapati, suspek sudah merancang perbuatan terkutuk itu dan mengaku ketagihan seks selepas menonton video lucah.

kanak-kanak dirogol kerana pornografi

Mana tidaknya, telefon milik suspek juga penuh dengan klip pornografi.

Jika disabitkan kesalahan, suspek yang masih di bangku sekolah itu boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau seumur hidup!

Iklan

Tidak boleh nak bayangkan apakah perasaan orang tua kepada kanak-kanak malang tersebut?

Bukan mudah untuk menerima hakikat anak tersayang pergi buat selama-lamanya dalam keadaan sedemikian rupa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Teringat pula kisah pembunuhan adik Nurul Huda Abdul Ghani dan Nurin Jazlin yang menggemparkan negara satu ketika dahulu.

Moga kisah tragis ini memberi iktibar buat semua khususnya ibu bapa supaya lebih prihatin dengan perkembangan anak-anak.

Tidak dinafikan, trend media sosial tanpa sempadan membuatkan anak-anak mudah terpengaruh. #kitajagakita #kitalaluibersama