Bertuahnya! Ibu beli 10 gelang emas hadiahkan kepada cikgu sempena Hari Guru buat ramai terkesima

A
A
A

HARI Guru yang jatuh pada 16 Mei adalah hari istimewa diisytiharkan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pendidik.

Pada masa inilah ibu bapa akan menghadiahkan pelbagai pemberian menarik sebagai tanda ingatan tulus buat insan yang mencurahkan ilmu buat permata hati mereka.

Ia lazimnya alat tulis, perhiasan diri atau pakaian. Namun ibu ini biasa-biasa hadiahnya hingga tular di laman sosial dan menarik perhatian ramai.

Pengguna TikTok Nurashikin Din dan suami sanggup berbelanja besar membeli hadiah yang mahal berupa gelang emas bagi memperingati jasa guru-guru anaknya.

"Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru). Seramai 10 orang gurunya," kongsi Nurashikin.

Menerusi perkongsian video, mereka sekeluarga mengunjungi ke sebuah kedai emas berjenama untuk membeli 10 utas gelang jenama popular.

Baca juga: Cantiknya! Guna elaun deko kelas ala kafe supaya murid seronok belajar jadi inspirasi, pengorbanan Cikgu Tarmizi raih pujian ramai

Baca juga: Peguam pernah kendali kes akui Cikgu Fadli contoh terbaik, berdisplin & berwibawa.’ Bukan pempengaruh semata-mata, dia berani kerana benar’

Baca juga: Ibu bapa ‘sound’ tak bagi bawa makanan ringan dalam jamuan akhir tahun, ini reaksi Cikgu Fadli

Baca juga: 6,890 guru bersara pilihan pada 2022 & 2021, ini syarat Cikgu Mohd Fadli sebelum akhiri profesion perguruan

Menurut Nurashikin, itu adalah cara mereka menghargai jasa dan pengorbanan tenaga pengajar yang tidak lokek mencurahkan ilmu untuk cahaya mata mereka.

"Saya hargai sebab cikgu-cikgunya yang sentiasa update perkembangan anak di sekolah melalui personal WhatsApp dan video," katanya.

Tertarik dengan sikap keluarga berkenaan yang bermurah hati membeli hadiah mahal untuk menghargai pendidik, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan mereka.

"Wah kayangannya hadiah. Ibu bapa yang mampu apa salahnya, bertuah guru-guru."

"Anak saya pernah pernah hadiahkan barang kemas Habib juga kepada cikgunya pada Hari Guru. Cikgu tak percaya dan siap telefon tanya betul atau tidak hadiahnya, risau ambil barang kemas emak."

"Alhamdulillah rezeki cikgu-cikgu, moga ALLAH murahkan lagi rezeki atas sebab bersedekah."

Baca juga: ‘Bukan kecewa, saya terlalu sayang dunia pendidikan.’ Ini sebab Cikgu Fadli undur diri pada usia 41 tahun

Baca juga: Birthday ke-39 Sari Yanti, Jep titip ucapan istimewa, dedah isteri cikgu English di rumah. ‘Saya banyak belajar daripadanya’

Baca juga: Tubuh kurus berbirat, Wardan buat netizen menangis. Diberi nasi lauk garam, cili & lada hitam, lari ke rumah cikgu tak tahan didera

 

Tidak kurang golongan pendidik yang berkongsi pengalaman berbeza setiap kali tiba tarikh 16 Mei.

"Saya baharu sahaja berpesan kepada anak murid supaya tidak memberikan hadiah kepada saya . Cukuplah belajar rajin-rajin kerana saya risau akan menyusahkan waris. Lagipun mereka sudah banyak habis duit beli buku kerja. Harap mereka berjaya di masa depan."

"Saya teringat ada seorang anak murid datang jumpa terakhir. Dia berbisik kata tidak mampu beri apa-apa dan hanya ada lukisan sahaja. Momen itu buat saya tersentuh. Apa pun hadiah cikgu terima."

"Ikut kemampuan. Saya sebagai guru tidak mengharapkan hadiah yang mahal. Sebatang pen merah pun memadai atau doa daripada pelajar. Paling penting belajar bersungguh-sungguh dan hormat orang tua,"

Gemar memberi dan terkenal dengan sifat pemurah, Nurashikin terdahulu pernah tular memberikan rakan sekelas anaknya barangan jenama Smiggle ketika hari terakhir persekolahan.

Ketika itu, anak sulungnya berpindah sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran di sekolah baharu pada tahun berikutnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca