Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia
Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia
WANITA ini membuktikan, dunia automotif bukan hanya milik kaum lelaki semata-mata.
Bahkan, kaum hawa juga mampu mencipta kejayaan dalam bidang tersebut.
Itulah cerita seorang wanita yang dikenali sebagai Alex Hirschi.
Hirschi sebelum itu telah mencuba pelbagai pekerjaan, namun semuanya tidak memuaskan.
Pun begitu, empunya diri yang mendapat gelaran Supercar Blondie enggan berputus asa.
Minatnya terhadap kereta membuatkan beliau menyewa sebuah Bugatti dan memuat naik ulasan berkenaan kereta tersebut menerusi laman sosial.
Siapa sangka, video tersebut meraih perhatian ramai. Rata-ratanya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativitinya.
Hari ini Hirschi menjadi satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah seperti Bugatti dan Ferarri bagi mempromosikan model terbaharu syarikat mereka.
Ketika mengisahkan bagaimana permulaan beliau berjinak-jinak dalam bidang automotif, wanita berkenaan berkata, pada mulanya beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri.
Beliau juga tidak lari daripada kritikan dan statusnya sebagai seorang wanita membuatkan banyak syarikat kereta menolak cadangan bekerjasama dengannya.
Pun demikian, isteri kepada jurufoto dan mantan pegawai bank itu terus mengorak langkah.
Beliau antara lain menghasilkan satu video seminggu dan ia dilakukan selama 52 minggu berturut-turut.
Hasil usahanya, Hirschi yang pernah bekerja sebagai penyampai radio dan pengacara untuk Dubai Eye 103.8 mempunyai 6.5 juta pelanggan YouTube manakala pengikut Facebooknya mencecah 39 juta.
Menurut beberapa media antarabangsa, beliau merupakan salah seorang pengulas kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar.
Dalam pada itu, menurut South China Morning Post, berdasarkan tinjauan pada tahun 2020, laman web perbandingan perkhidmatan kewangan British GoCompare, Hirschi dianggarkan mampu memperoleh AS$1.4 juta setahun daripada siaran media sosial yang mendapat tajaan.
Sehingga tahun 2021, nilai bersih Supercar Blondie miliknya dianggarkan berjumlah AS$17 juta.
Tahun lalu, Hirschi memberitahu majalah GQ Britain bahawa dirinya amat menyukai kereta elektrik.
Kepada wanita di luar sana, semangat yang ditunjukkan wanita kelahiran Australia itu perlu dijadikan contoh. Pedulikan kata-kata orang lain dan terus maju ke hadapan.
Seperti kata beliau: "Letakkan diri anda di sekeliling mereka yang menyayangi dan menyokong anda. Itu yang paling penting kerana apa yang orang lain katakan tidak penting. Mereka tidak kenal anda.”
Kagum SinarPlus dengan semangat dan kegigihan Hirschi dalam mencipta kejayaan. Biarpun pelbagai dugaan terpaksa dilalui, kini beliau sudah membuktikan tiada yang mustahil asalkan ada kesungguhan.
Sumber SCMP & Alhushairi Samsudin
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang