Feri penumpang terbakar, penumpang panik terjun ke laut. Momen lelaki selamatkan kanak-kanak perempuan bikin sebak!

No Image Caption
A
A
A

SEBUAH feri penumpang, KM Gregorius Barcelona V, dilaporkan terbakar ketika sedang berlayar di perairan Sulawesi Utara. 

Kejadian cemas itu menyebabkan ramai penumpang panik dan terpaksa bertindak nekad dengan terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan api marak pada bahagian atas kapal disertai asap hitam pekat. 

Penumpang kelihatan cemas, sebahagiannya segera memakai jaket keselamatan sementara yang lain, termasuk wanita dan kanak-kanak cuba menenangkan diri di atas dek.

No Image Caption

Sebilangan penumpang dilihat nekad melompat ke laut. Ada juga yang masih bertahan di atas kapal sambil menanti bantuan tiba.

“Saya mohon bantuan, KM Gregorius Barcelona V terbakar di hadapan Pulau Talise. Tolong bantu sekarang,” kata seorang penumpang dalam sebuah video yang tersebar di media sosial pada Ahad.

Dalam satu lagi video, seorang wanita penumpang dirakam terjun ke laut sambil merayu agar pihak penyelamat segera tiba.

Artikel Berkaitan:

“Tim SAR tolong,” tuturnya cemas.

Memetik CNN Indonesia, Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Manado, George Randang berkata pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian berhampiran Pulau Talise, Minahasa Utara.

“Ya, pasukan dari KN Bima Sena di Likupang telah bergerak ke lokasi. Kapal Basarnas dan beberapa bot dari pusat selam turut berada di lokasi untuk membantu evakuasi,” katanya.

Sementara itu,  Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) turut menghantar dua kapal dalam operasi evakuasi mangsa feri yang membawa penumpang dari Talaud menuju Kota Manado itu.

Panglima Komando Armada RI (Koarmada RI) Laksamana Madya TNI Denih Hendrata berkata dua kapal terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) iaitu KRI Pari dan KAL Tedung Selar.

Artikel penuh: 

Kronologi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 Milik Indonesia. Serpihan, objek ditemui sahkan ia karam

Sedihnya, TNI dedah nama 53 perajurit KRI Nanggala 402

SAAT PILU LELAKI SELAMATKAN KANAK-KANAK TULAR

Dalam pada itu, tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan.

No Image Caption

"Momen seorang lelaki cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan.

"Respect buatnya, selamatkan anak kecil daripada kapal yang terbakar," titipnya yang dipetik dari Instagram Folkkonoha.

Sementara itu, menurut jurucakap operasi, Jerry, setakat ini masih belum ada kepastian mengenai punca sebenar kebakaran mahupun waktu tepat insiden itu bermula. 

Beliau juga belum dapat mengesahkan jumlah penumpang atau mangsa yang terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut.

“Kita masih menunggu laporan lengkap dari pasukan di lapangan,” katanya.

Dalam pada itu,  pasukan penyelamat masih menjalankan operasi evakuasi di sekitar lokasi kejadian.

Diharapkan tiada korban jiwa dalam insiden tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang