Gadis buta pukau penonton America’s Got Talent dengan suara merdu, raih anugerah Golden Buzzer, 10 fakta menarik Putri Ariani

A
A
A

Gadis buta pukau penonton America’s Got Talent dengan suara merdu, raih anugerah Golden Buzzer, 10 fakta menarik Putri Ariani

CACAT penglihatan tetapi memiliki suara yang merdu, penyanyi buta dari Indonesia, Putri Ariani atau nama sebenar Ariani Nisma Putri, 17, mencipta sejarah selepas memukau penonton dan para juri rancangan realiti televisyen, America`s Got Talent (AGT).

Anugerah yang jarang-jarang diberikan oleh juri terutamanya Simon Cowell itu diraih Putri Ariani selepas beliau mempersembahkan sebuah lagu ciptaannya sendiri dengan iringan piano.

Selepas persembahan yang menarik, beliau sekali lagi diminta Cowell untuk naik ke pentas dan diminta mempersembahkan sebuah lagi lagu.

Baca juga: Walau buta mata, Aisyah Humairah tidak buta hati. Remaja ini pilih mendekati al-Quran dalam hidupnya

"Saya beritahu Putri, saya suka sangat suaranya, saya mahu dia menyanyikan lagu kedua," jelas Simon.

"Lagu ini untuk anda," kata pemenang Indonesia's Got Talent 2014 itu sebelum mempersembahkan lagu Sorry Seems to be the Hardest Word yang dipopularkan Elton John dan kumpulan Blue.

Baca juga: Hilang penglihatan selepas kemalangan, kisah kecekalan & sikap positif Mashy tular, buat ramai muhasabah diri

Persembahan tersebut cukup memukau sehingga membuatkan para penonton memberikan standing ovation selepas selesai menyampaikannya dengan cara tersendiri.

“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda," kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.

Gadis kelahiran di Bangkinang, Riau, Indonesia itu kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim 18.

Baca juga: Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari

Beliau akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kontrak persembahan di Las Vegas.

Terdahulu, Putri memberitahu juri bahawa beliau mempunyai impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Juilliard College of Music, Amerika Syarikat dan ingin berjaya seperti penyanyi tersohor, Whitney Houston yang meraih anugerah Grammy.

Baca juga: Guna kanta pembesar kerana masalah penglihatan, ibu 7 anak tak patah semangat raih PhD

10 INFO MENARIK PUTRI ARIANI

1-Dilahirkan pada 31 Disember 2005, Putri Ariani mengalami keadaan Retina of Premature (ROP) dan telah diisytiharkan hilang penglihatan  total ketika berusia tiga bulan. Namun, beliau tidak membiarkan keterbatasan fizikal menjadi penghalang untuk mengejar impian.

2-Gadis yang tinggal di Jogja itu menemui bakat nyanyiannya ketika berusia dua tahun. Ia timbul apabila Putri sering meniru bunyi yang didengari. Ibu bapa Putri terus memberikan sokongan mengembangkan bakat anak sulung mereka.

Putri Ariani bersama adik-adiknya.

3-Selain menyanyi, Putri juga mahir bermain piano.

4-Putri berulang kali menyertai pertandingan nyanyian dan meraih tempat sebagai pemenang. Putri turut mempersembahkan lagu 'Song of Victory' pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018.

5-Kerjaya awal penyanyi berbakat ini bermula pada 2014 apabila menyertai Indonesia's Got Talent. Persembahannya berjaya memukau para juri dan penonton sehingga dinobatkan sebagai pemenang.

6-Pada 2016, Putri dianugerahkan penyanyi kanak-kanak dengan pencapaian negara dalam Anugerah Baiduri.

7-Pada tahun yang sama, beliau memenangi tempat kedua Festival dan Lomba Seni Siswa Nasional anjuran Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia.

8-Anak kepada Ismawan Kurnianto dan Reni Alfianty juga muncul sebagai finalis The Voice Kids Indonesia musim kedua.

9-Putri mengembangkan karyanya melalui saluran YouTube sendiri, @putriarianiofficial dan mencipta album sulung bertajuk ‘Melihat dengan Hati’.

10-Dengan usaha gigihnya, Putri berharap dapat menyambung pelajaran di Kolej Muzik Juilliard selepas menamatkan pengajian sekolah menengah.

Baca juga: Restoran Arab Saudi sedia menu dalam tulisan braille untuk golongan cacat penglihatan buat pesanan makanan

Baca juga: [VIDEO] Jual tisu RM20 satu malam, digelar pengemis, wanita kongsi pengorbanan ibu OKU penglihatan besarkan 3 anak

Sumber: Detik, Astri Awani

Kredit foto: Instagram arianinismaputri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasii

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang