INSIDEN terlepas pesawat memang selalu berlaku. Pada era pandemik Covid-19, sekiranya anda tidak mendapat keputusan ujian calitan (swab) Covid-19, jangan haraplah anda dibenarkan menaiki pesawat.

Bagi penerbangan domestik sekalipun, ujian calitan Covid-19 diwajibkan bagi membendung penularan wabak tersebut.

Kena ingat, meskipun sudah membayar tiket penerbangan, penumpang tidak akan dibenarkan masuk sekiranya tidak memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak pengurusan.

Sudah tersurat, hal tersebut berlaku kepada empat penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 dari Jakarta ke Pontianak pada Sabtu lalu.

pesawat sriwijaya

Wanita yang dikenali dengan nama Osneti bersama adiknya yang masing-masing membawa seorang anak dikatakan mahu menghadiri satu majlis perkahwinan di Pontianak.

Disebabkan gagal menunjukkan keputusan ujian calitan Covid-19, mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat Sriwijaya.

Menurut laporan kompas.com, perasaan kecewa dan sedih bertukar menjadi sujud syukur apabila wanita yang berasal Padang Pariaman, Sumatera Barat itu terlepas daripada tragedi menakutkan.

pesawat sriwijaya

Ya! Mereka antara penumpang yang terselamat selepas pesawat tersebut terhempas sebaik sahaja hilang daripada radar pusat penerbangan.

Laman web berpengaruh itu melaporkan, Osneti sudah tiba di lapangan terbang itu bersama anaknya untuk terbang ke Pontianak bagi menghadiri majlis perkahwinan.

“Saya sudah buat ujian, cuma ingatkan boleh guna surat Rapid Test Antigen sahaja, tetapi rupa-rupanya kena buat ujian penuh PCR. Memang kecewa dan sedih sebab tidak dapat naik pesawat.

“Sebaik sahaja kami dengar pesawat itu terhempas selepas beberapa jam kemudian, kami terduduk dan terkejut. Bayangkan kalau kami ada di dalam kapal terbang itu, alhamdulillah kami terselamat,” ujarnya.

pesawat sriwijaya

Kelmarin, pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air itu terputus hubungan selepas berlepas pada 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Penerbangan Sriwijaya SJ-182 itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapa

Memetik laporan Bernama semalam, pesawat tersebut dikhuatiri terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta.

Ketua Polis Metro Jaya (Jakarta), Yusri Yunus dipetik media tempatan berkata, terdapat maklumat awal daripada nelayan di kawasan berkenaan yang mendakwa pesawat berkenaan terhempas di perairan itu.

Iklan

Menurut laporan televisyen tempatan yang menyiarkan video yang dirakam nelayan, menunjukkan mereka (nelayan) menemukan beberapa serpihan kecil terapung di perairan berkenaan.

“Ketika ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi telah ke lokasi perairan berkenaan,” kata Yusri.

Setakat jam 7 petang semalam (waktu Indonesia Barat), belum ada penyataan rasmi daripada Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) atau syarikat penerbangan Sriwijaya Air, berkaitan dakwaan nelayan berkenaan.

Dalam pada itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.

pesawat sriwijaya

Iklan

Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto dalam siaran media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan berkata, pasukan SAR telah mengenal pasti kotak hitam itu di satu koordinat (tidak dinyatakan) yang berada pada kedalaman 23 meter di perairan berkenaan.

Setakat pukul 4 petang semalam, sebanyak lima bungkusan cebisan mayat telah dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.

Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati Asep Hendradiana dipetik agensi berita Antara berkata, pihaknya juga sedang mengumpul asid deoksiribonukleik (DNA) anggota keluarga para penumpang pesawat berkenaan.

pesawat sriwijaya

Tragedi berdarah itu memang menggemparkan penduduk Indonesia selepas tular beberapa gambar penumpang termasuk si kecil yang memakai baju panas berwarna merah jambu.

Penemuan pakaian kanak-kanak dengan logo Mickey Mouse itu membuatkan ramai warganet bersedih kerana dikatakan milik seorang kanak-kanak bernama Yumna Fanisyatuzahra.