SEORANG pakar bedah di China digantung kerja selepas didakwa memukul kepala pesakit wanita berusia 82 tahun ketika pembedahan mata sedang dijalankan.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 2019 di hospital oftalmologi di Guigang, China, yang dikendalikan oleh Aier China.

Keseluruhan kejadian itu dirakamkan melalui kamera pengawasan.

Video tersebut kemudiannya didedahkan di Weibo oleh Pengarah Jabatan Kecemasan Hospital Pusat Wuhan, Dr Ai Fen.
Dalam satu perkongsian, beliau mengakui hampir kehilangan penglihatan di sebelah matanya selepas menerima rawatan di hospital itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga dikatakan terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan Aier China, yang mengendalikan rangkaian hospital mata.

Baca juga:Penyakit yang dideritai Celine Dion tiada penawar. Hanya bergantung pada ubat saja

Sementara itu, video yang dikongsikan itu menunjukkan pakar bedah terbabit memukul kepala pesakit sebanyak tiga kali ketika menukar posisi.

Mangsa dilihat tersentak dan mengadu kesakitan selepas dipukul.

Kejadian itu turut disaksikan oleh seorang pembantu perubatan yang cuba menahan pesakit tersebut daripada melakukan pergerakan.

Baca juga:Nyaris maut jatuh landasan kereta api, tindakan pantas ibu selamatkan dua anak

Pesakit itu dilapor mengalami lebam di dahi kiri selepas kejadian berkenaan.

Pihak berkuasa China kini sedang melakukan siasatan atas insiden terbabit.

Pakar bedah terbabit dikatakan berbuat demikian atas alasan pesakit tersebut didakwa gagal mengikut arahan.

Beliau dipercayai menggerakkan kepala dan matanya sebanyak beberapa kali semasa prosedur itu dijalankan.

“Semasa operasi disebabkan ubat bius, pesakit mengalami intoleransi pembedahan dan cuba menyentuh matanya.

“Sekali disentuh, ia boleh menyebabkan jangkitan…doktor mahu mengelakkan bahaya.

Iklan

“Wanita tersebut juga berdialek tempatan menyebabkan beliau tidak dapat memahami arahan pakar bedah dalam bahasa Mandarin,” ujarnya.

Baca juga:Nekad lelaki culik anak bekas kekasih, masukkan baby dalam handbag & gantung pada motor

Bagaimanapun, anak lelaki pesakit itu dilaporkan menerima permohonan maaf dan pampasan sebanyak 500 yuan (RM325) daripada hospital.

Beliau turut menegaskan bahawa ibunya kini buta di mata kiri namun tidak menjelaskan adakah ia berpunca daripada perbuatan pakar bedah berkenaan.

Susulan penyebaran video tersebut turut menimbulkan kemarahan orang ramai.

Iklan

Difahamkan, pakar bedah berkenaan digantung kerja dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan hospital terbabit dibuang kerja.

Sumber : Independent.co.uk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang