Gara-gara pakai eyelash extension, gadis derita radang mata

A
A
A

EYELASH extensions atau menyambung bulu mata palsu sudah menjadi trend dalam kalangan orang wanita pada masa kini.

Masakan tidak, bulu mata itu akan membuatkan seseorang nampak cantik dan melentik serta terletak rapi, meskipun tidak mencalit mascara.

Namun demikian, akibat taksub untuk kelihatan cantik sehingga mengabaikan kesan lain yang bakal menanti, ia boleh mendatangkan risiko.

Baru-baru ini, pemilik akaun TikTok @Indyyy berkongsi pengalamannya yang menjadi iktibar buat dirinya dan juga kepada orang lain.

Gadis berasal dari Indonesia itu antara lain meluahkan rasa kesal apabila sebelah matanya bengkak dan mengalami masalah keradangan selepas hampir dua minggu melakukan ‘eyelesh extensions’.

Lebih parah, dirinya terpaksa menjalani pembedahan pada mata kanannya gara-gara telah dijangkiti kuman.

Menerusi perkongsian sebuah video itu, @Indyyy menjelaskan keadaan itu berlaku gara-gara dirinya tidak membersihkan solekan pada matanya dengan betul.

Akibat sisa solekan yang tertinggal itulah menyebabkan folikel kecil pada bulu matanya tersumbat sekali gus mengakibatkan iritasi.

Video yang berdurasi satu minit itu telah meraih lebih 330, 000 tontonan dan turut mendapat reaksi orang ramai.

https://www.tiktok.com/@tinysprinkleworld/video/6909007936031329537?lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6909652495724873218&is_from_webapp=v2

Selain menitipkan rasa simpati dengan perkara yang menimpa @Indyyy, orang ramai meninggalkan reaksi berbentuk nasihat dan mengambil iktibar daripada pengalaman berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang