HUBUNGAN bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan anakanda keduanya, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sentiasa menjadi perhatian warga maya.

Berkongsi foto Puteri Ameerah bersama Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, Azrinaz, bekas wartawan TV3 itu menitipkan ucapan hari lahir buat puteri keduanya yang diputerakan pada 28 Januari 2008.

“These two beauties.

“You are 16 today my baby. Happy birthday to the one that I Iove infinity.

Biarpun kini bahagia dengan suami dan dua anak anak kecil, personaliti berusia 45 tahun itu meluahkan berasa bangga melihat perkembangan anak perempuannya.

“I am so proud of your achievement in study and your level of maturity.

“The rest of the wish let it remain just between you and me. Love you always
Ameerah Wardatul Bolkiah,” titip si ibu.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’ Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian

Perkongsian Azrinaz itu turut dipersetujui rakan selebriti dan peminat.

Warga maya tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

– “Princess yang tercantik.”

– “She is exactly you Che Puan.”

– “Tidak ada yang paling besar selain cinta ibu kepada anaknya.”

– “Hati nurani seorang ibu. Kasih sayang dan rindu yang tiada bandingnya. Yang melihat pun rasa sebak. Happy birthday Princess Ameerah. You are so tall and beautiful.”

– ” She really look like you Che Puan, semoga kasih sayang berpanjangan.”

Lebih manis lagi, menerusi Insta Story, Azrinaz berkongsi video memaparkan anak keempatnya, Atheera Medinah mengucapkan selamat ulang tahun buat kakanda.

Baca juga: [10 FOTO] Kilauan mahkota, permata, busana indah sempena majlis Santapan Diraja perkahwinan Putera Mateen, Pengiran Anak Isteri Anisha buat ramai terpegun

Baca juga: ‘Ini bukan throwback…’ Azrinaz Mazhar Hakim bakal timang cahaya mata di usia 42 tahun

Meningkat remaja, penampilan Puteri Ameerah semakin jelita, salin tidak tumpah bondanya.

“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday. Kakak Ameerah Bolkiah, I miss you,” ucap Atheera.

Sebelum ini, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 16 tahun.

Iklan

Sejak berpisah pada tahun 2010, Azrinaz tidak lupa memuat naik tentang putera dan puterinya terutama ketika ulang tahun kelahiran.

Azrinaz berkahwin kali kedua dengan bekas rakan sekerjanya di TV3, Firoz Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah yang kini berusia lima dan tiga tahun.

PUTERI AMEERAH SEMAKIN ANGGUN

Keberangkatan Pengiran Anak Puteri Ameerah dalam pelbagai istiadat sentiasa menyita perhatian warga maya khususnya dari Malaysia terutama istiadat perkahwinan diraja Brunei baru-baru ini.

Iklan

Meniti usia remaja, anakanda ke-12 Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sungguh elegan.

Memilih busana mini kurung dan shawl kelabu dan biru gelap, baginda kelihatan jelita dan anggun seiring usia remaja.

Puteri tinggi lampai itu juga menggunakan khidmat jurusolek terkenal, Karen Then.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!