BERMULA sebagai rakan sejak kecil, kini menjadi isteri, kisah percintaan Putera Abdul Mateen dan isteri, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam menjadi perhatian ramai.

Apatah lagi apabila putera Sultan Brunei dan Yang Di-pertua Brunei Darussalam itu memuat naik foto baginda berdua semasa kecil. Comel!

Usai istiadat persandingan diraja, baginda menerusi laman sosial Instagram memuat naik gambar kenangan bersama isteri tercinta semasa usia kanak-kanak berkongsi kapsyen pendek ‘Alhamdulillah’.

Dalam hantaran lain, baginda berkenan menzahirkan ucapan penghargaan buat semua.

“Terima kasih kerana meraikan bersama kami pada hari istimewa kami. Ia sangat bermakna kepada kami,” titipnya.

Baca juga: [15 FOTO] Sekali lafaz, Dayang Anisha Rosnah rasmi milik Putera Abdul Mateen, terima mahar $1,000

Baca juga: [15 FOTO] Indahnya istiadat berbedak pengantin diraja, Putera Abdul Mateen berseri-seri, kejelitaan Dayang Anisha terserlah

Baca juga: Wedding of the year! Majlis perkahwinan diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah bakal berlangsung 10 hari

Baca  juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana

Biarpun komen pada hantaran tersebut terhad, rata-rata warga maya termasuk selebriti dan influencer dari seluruh dunia mengambil peluang mengucapkan tahniah dan menitip doa agar ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, persandingan diraja dan perarakan Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha tular di laman sosial.

Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

Dalam istiadat yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kedua mempelai pengantin diraja yang memakai persalinan putih sedondon.

Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Abdul Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran.

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula.

Istiadat diraja itu diserikan dengan kehairan tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja dari seluruh dunia dan pemimpin-pemimpin politik.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat hadir ke majlis berkenaan atas persilaan Sultan Hassanal Bolkiah.

Usai istiadat persandingan, kedua mempelai pengantin diraja memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan.

Kira-kira 20,000 rakyat Brunei sanggup berpanas meraikan pengantin diraja. Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang menyaksikan pasangan pengantin diraja.

Rakyat Brunei yang kebanyakannya memakai baju berwarna hitam dan putih, sanggup berdiri sepanjang jalan sambil memegang belon-belon ucapan tahniah buat pasangan diraja tersebut.

Perarakan yang bermula sekitar pukul 11.45 pagi itu, menyaksikan Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha menaiki kereta mewah klasik lama Rolls-Royce Phantom V sambil berdiri serta melambai ke arah rakyat Brunei.

Iklan

Baginda berdua terdahulu diijabkabulkan dalam satu istiadat Khamis lalu di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien pada 11 Januari 2024 bersamaan 29 Jamadilakhir 1445.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian 

Sumber: Astro Awani, Instagram @tmski, Jabatan Penerangan Brunei Darussalam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!