MEMILIKI sebuah keluarga yang bahagia pastinya menjadi impian setiap pasangan berumah tangga terutama apabila hubungan suci yang dibina dikukuhkan dengan sifat saling memahami dan sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Selain wanita yang bergelar isteri dan ibu dalam alam perkahwinan, lelaki yang bertindak sebagai suami dan bapa memainkan peranan besar dalam kehidupan berumah tangga.

Suami seharusnya menjaga kebajikan dan keselamatan si isteri supaya trhindar daripada sebarang bahaya atau perkara yang memudaratkan.

Namun begitu, lain pula kisahnya yang terjadi di Turki apabila seorang suami dilaporkan telah di bawa ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya dengan cara yang sangat kejam.

Mana agaknya pertimbangan dan sifat kemanusiaan dalam diri seorang suami apabila tergamak membunuh isterinya yang sarat mengandung.

Lebih memeranjatkan, sebelum melakukan pembunuhan, dia dilaporkan sempat berswafoto bersama isterinya yang hamil tujuh bulan ketika sedang bercuti dan beberapa saat kemudian menolak isterinya jatuh dari tebing sebuah bukit yang agak curam.

Gila! Tolak isteri hamil 7 bulan dari tebing bukit

Si suami yang dikenali sebagai Hakan Aysal akhirnya Berjaya ditangkap oleh polis. Lelaki berumur 40 tahun itu dituduh menolak Semra Aysal, 32, dari tebing bukit sehingga membunuh mangsa ketika mereka bercuti di Butterfly Valley, di bandar Mugla, tenggara Turki, lapor Mirror.

Semra, yang mengandung tujuh bulan, meninggal bersama bayinya yang belum lahir ditempat kejadian.

Menurut sumber, pendakwa raya mengatakan pasangan itu sempat mengambil gambar swafoto di tebing bukit.

Gila! Tolak isteri hamil 7 bulan dari tebing bukit

Menurut pendakwa raya, kemalangan itu sebenarnya adalah rancangan jahat Hakan untuk menuntut wang insurans dan membunuhan yang dilakukan itu disengajakan.

Iklan

Hakan dikatakan telah merancang untuk membunuh isterinya bagi mendapatkan wang insurans kemalangan jiwa sebanyak 400,000 lira Turki (RM250,000) yang dinamakan ke atas namanya.

Pihak pendakwa turut menyatakan bahawa alasan mereka duduk di tebing bukit selama tiga jam adalah kerana Hakan mahu memastikan bahawa tidak ada orang di sekitarnya sebelum membunuh mangsa dengan menolaknya jatuh ke bawah.

Gila! Tolak isteri hamil 7 bulan dari tebing bukitDokumen yang dikemukan oleh pihak pendakwa turut menyatakan bahawa Hakan telah menuntut pembayaran insurans sebanyak TRY 400,000 kira-kira lebih RM200,000 setelah isterinya meninggal dunia, namun ditolak oleh pihak insurans setelah siasatan terperinci dibuat.

Iklan

Sementara itu, saudara terdekat mangsa yang dikenali sebagai Naim Yolcu memaklumkan bahawa ketika berkunjung ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat Semra, Hakan tidak keluar dari kereta dan reaksinya seolah tiada apa-apa yang berlaku.

“Setelah dia meninggal, kami baru tahu bahawa dia mempunyai tiga pinjaman yang Hakan ambil atas nama adik saya.

“Selain itu, Hakan adalah orang yang takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Hakan dalam satu soal jawab bersama mahkamah telah menafikan bahawa dia telah membunuh isterinya

“Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mengambil telefon dalam beg tangannya.

“Ketika saya menoleh ke belakang, isteri saya dah tiada. Saya tidak tolak dia,” katanya kepada mahkamah.

Namun, mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan bahawa Hakan akan ditahan kerana merangcang pembunuhan isterinya dan siasatan masih diteruskan untuk membuktikan Hakan benar-benar bersalah.

Sumber : www.mirror.co.uk/