NEGARA di Kepulauan Pasifik Selatan, Tonga melaporkan kes Covid-19 yang pertama dalam sejarah hampir dua tahun dunia dilanda pandemik.

Menurut CNN, Tonga merupakan sebuah negara yang belum dilaporkan mempunyai kes Covid-19 sejak awal pandemik pada 2020 lalu.

Namun pada Jumaat lalu, Perdana Menterinya, Pohiva Tu’i’onetoa mengumumkan terdapat kes pertama Covid-19 di negara tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kes pertama itu melibatkan seorang individu yang menaiki pesawat penerbangan dari New Zealand.

Pelancong yang dijangkiti virus merbahaya itu tiba di Tonga pada Rabu lalu setelah terbang dari Cristchurch, menurut Menteri Kesihatan New Zealand.

Pun begitu, penumpang tersebut sudahpun lengkap divaksinasi dan disahkan negatif Covid-19 sebelum terbang dari New Zealand.

Tu’i’onetoa mengatakan kini semua kontak rapat dengan penumpang tersebut telah dikuarantin.

Selain itu, beliau turut mengatakan kemungkinan akan berlaku lockdown di Tonga menyusul kepada kes yang pertama itu.

WHO ingatkan tahun kedua pandemik Covid-19 mungkin lebih sukar

Katanya, organisasinya harus lebih berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan seperti lebih ramai individu yang akan dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, lapor media Matangi Tonga, ribuan penduduk negara itu kini menyerbu pusat vaksinasi setelah berita munculnya kes pertama Covid-19 di negara berkenaan.

Info ringkas berkaitan negara Tonga;

Iklan

1.Tonga atau kerajaan Tonga, adalah sebuah negara Polinesia yang tidak berdaulat dalam bentuk kepulauan yang terdiri daripada 177 pulau yang tersebar di 700,000 kilometer persegi di selatan Lautan Pasifik.

2. Negara ini adalah rumah kepada kira-kira 100,000 orang.

3. Tonga terletak kira-kira 800 kilometer ke timur Fiji dan 2,380 kilometer dari New Zealand.

Iklan

4. Walaupun hanya melaporkan kes pertamanya, Tonga mengisytiharkan darurat pada Mac 2020 dan menutup sempadannya.

Baca juga Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

5. Tonga segera menutup ketibaan asing untuk mengelakkan risiko penyebaran Covid-19.

6. Adalah diketahui bahawa 22.1% penduduk di negara kepulauan tersebut hidup di bawah paras kemiskinan negara dan mempunyai kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi.

7. Sekatan yang dikenakan pada permulaan wabak itu telah berjaya memastikan negara kepulauan Pasifik itu bebas daripada Covid-19, tetapi telah memberi kesan kuat kepada ekonomi yang bergantung kepada pelancongan mereka.

8. Kini dua negara Pasifik, Tuvalu dan Nauru, adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak melaporkan jangkitan Covid-19.