Hande Ercel, pelakon Turki dinobat Wanita Tercantik Dunia tewaskan Im Yoona

A
A
A

HANDE Ercel, pelakon Turki dinobat Wanita Tercantik Dunia

Hande Ercel, pelakon yang berasal dari Turki Tengah ini telah terpilih menjadi wanita tercantik di dunia hasil undian yang dilakukan melalui Top Beauty (TB) World 2020.

Pengumuman tersebut dilakukan di Twitter TB World @Dtopbeautyworld dua hari lalu.

Selain wajah Hande Ercel yang menghiasi laman sosial tersebut, TB World turut mengeluarkan senarai 100 wajah paling cantik di dunia pada tahun 2020.

Hande berjaya mengalahkan Yoona SNSD yang menyandang gelaran itu pada tahun lalu.

Jadi, siapakah Hande Ercel ini? Mari kita kenali siapakah dia.

Hande Ercel, pelakon Turki dinobat Wanita Tercantik Dunia tewaskan Im Yoona

Hande Ercel merupakan seorang artis yang dilahirkan di Turki pada 24 November 1993. Dia terkenal bukan sahaja sebagai artis tetapi juga model.

Kerjaya Hande sebagai model bermula ketika dia memenangi pertandingan Miss Civilization of Turkey 2012.

Setahun kemudian, dia mula menceburkan diri sebagai bintang televisyen dan muncul dalam drama seperti Calikusu, Gunesin Kizlari, Ask Laftan Anlamaz.

Hande lulusan Universiti Mimar Sinan Fine Arts.

Hande Ercel, pelakon Turki dinobat Wanita Tercantik Dunia tewaskan Im Yoona

Mengenai percintaan, Hande diketahui telah bertunang dengan penyanyi Murat Dalkilic pada Februari 2020.

Baca juga 6 wanita ini buat pembedahan paling ekstrem demi cantik, nombor 4 memang paling pelik

Namun, pertunangan itu hanya bertahan selama lima bulan dan kedua-duanya memilih untuk berpisah setelah tiga tahun bercinta.

Selain itu, tempat kedua disandang oleh pelakon Bollywood, Deepika Padukone, diikuti model Hungaria, Barbara Palvin.

Tempat ke empat disandang oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Im Yoona manakala tempat ke lima ialah penyanyi dandut Indonesia, Lesti Kejora.

Top Beauty World adalah sebuah portal yang memilih 100 wanita paling cantik dan 100 lelaki paling tampan sepanjang tahun bermula 2015 lalu.

Sumber: Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang