AMALAN pembayaran tanpa tunai di Malaysia nampaknya semakin diterima ramai sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Atas alasan mahu mengelakkan sebarang sentuhan pada ketika awal penularan wabak virus korona, semua urus niaga dijalankan tanpa melibatkan wang tunai.

Malah, kaedah itu dilihat lebih mudah dan selamat.

Lazimnya, penggunaan kad kredit, debit, Jompay selain aplikasi e-Wallet seperti Grab, Boost termasuk Touch n ‘Go (TNG) antara kaedah pembayaran popular.

cip pembayaran tanpa tunai

Pun begitu, percaya atau tidak, anda boleh membayar barangan dapur atau makan minum di restoran hanya mengimbas tangan sahaja.

Bunyinya agak pelik dan mustahil bukan?

Lapor www.bbc.com, kehebatan teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan mikrocip yang beratnya kurang satu gram dimasukkan ke dalam badan manusia.

Seorang pengawal keselamatan dari Netherlands, Patrick Paumen sanggup memasukkan cip tersebut ke dalam badannya kerana beliau percaya, kesemua teknologi berkenaan memudahkan hidupnya.

cip pembayaran tanpa tunai

Pemuda berusia 37 tahun itu sudah memasukkan cip pada tangannya pada tahun 2019 dan menggelarkan dirinya sebagai pengodam bio (biohacker).

Mana tidaknya, bukan satu tetapi 32 implan ditanam di dalam badannya termasuk cip yang berfungsi untuk membuka pintu.

cip pembayaran tanpa tunai

“Saya sudah tidak lagi menggunakan kad atau wang tunai untuk membeli-belah. Hanya letak tangan pada mesin pengimbas, semuanya selesai.

“Teknologi terus berkembang, jadi saya akan terus mengumpulnya lebih banyak kerana pada masa sama, saya tidak boleh hidup tanpanya,” katanya yang dipetik menerusi portal tersebut.

Baca juga Warganet sambut baik amalan bayaran tanpa tunai untuk sama taraf dengan negara maju

cip pembayaran tanpa tunai

Sebenarnya, projek mikrocip pertama ditanam ke dalam badan manusia adalah pada tahun 1998, namun selepas beberapa dekad, teknologi tersebut telah dikomersialkan secara terbuka.

Apatah lagi, wujud permintaan apabila cip cashless pertama diperkenalkan sekali gus menjadikan syarikat British-Polish, Walletmor menjadi entiti pertama menjualnya.

CIP TANPA TUNAI

Memetik kenyataan pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Wojtek Paprota, cip tersebut boleh digunakan di mana-mana sahaja selagi pembayaran tanpa tunai diterima.

“Implan tersebut boleh digunakan untuk membayar minuman di Rio, kopi di New York atau selepas memotong rambut di Paris,” beritahunya yang memberikan analogi mudah untuk difahami.

cip pembayaran tanpa tunai

Cip Walletmor tersebut memiliki saiz lebih besar sedikit daripada sebutir beras yang lengkap dengan antena yang diselaputi biopolimer iaitu bahan organik menyerupai plastik yang selamat kepada manusia.

Sebaik sahaja cip tersebut ditanam pada tangan, ia akan kekal selama-lamanya tanpa keperluan bateri atau sumber kuasa lain.

Baca juga Mudah belanja tanpa tunai, peniaga dan pengguna jom ubah rentak!

Difahamkan, setakat artikel ini ditulis sudah lebih 500 implan yang menggunakan teknologi NFC (komunikasi medan dekat) dijual oleh firma berkenaan.

cip pembayaran tanpa tunai

Penggunaan fitur baharu itu dikatakan sudah meluas di benua Eropah, namun tidak semua yang bersetuju dengan idea yang dianggapkan mengerikan tersebut.

Kalian pula bagaimana? Sanggup tanam implan semata-mata mahu hidup lebih mudah?

Mungkin ketika ini penerimaan kaedah pembayaran masih janggal di Malaysia, namun tak mustahil satu hari nanti semuanya boleh berubah.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI