SENANGNYA buat duit! Hanya bermodalkan pakaian wanita dan payu dara palsu, dua lelaki ini meraih untung sehingga jutaan ringgit.

Rupanya mereka menipu dan memeras ugut lelaki lain yang mendedahkan diri mereka di webcam.

Lelaki yang menjadi mangsa menyangka mereka sedang berbual dengan wanita.

Penipu ini menjadikan diri mereka seperti wanita dengan kulit dan payu dara palsu.

Mereka kemudian berbual secara langsung dengan mangsa dan tidak ada yang mengesyaki apa-apa.

Penipu ini kemudiannya secara diam-diam membuat rakaman lelaki tanpa pakaian. Akhirnya mereka memeras ugut bagi mendapatkan wang yang besar.

Kedua-dua lelaki itu melakukan penipuan dengan melakukan sembang bogel dengan lelaki lain.

Polis telah mengeluarkan amaran rasmi kepada mereka yang turut serta dalam jenayah tersebut.

Malah, polis turut menerbitkan sebuah video di rangkaian media sosial China, Weibo, untuk memberi tahu orang ramai tentang teknik yang digunakan agar tidak terikut-ikut dengan tren tersebut.

Dalam video tersebut, pegawai menunjukkan bagaimana penipu berpakaian seperti ‘wanita palsu’ dan menunjukkan betapa realistiknya penampilan mereka.

Polis digambarkan memakai bra dan seluar dalam sebelum menarik kulit prostetik, mendedahkan dada lelaki di bawahnya.

Iklan

Video itu kemudian dijadikan rakaman dua lelaki yang memegang satu set penyamaran kulit palsu.

Dalam enam bulan pertama tahun lalu, Jabatan Keselamatan Awam Guangdong menerima lebih daripada 9000 aduan pemerasan berkaitan dengan apa yang disebut ‘sembang bogel’.

Baca juga Macam-macam! Bomoh Jawa pakat ‘hantar’ jin lindungi Palestin, ritual sihir dan roket ghaib buat rejim Zionis

Terdapat lebih 10 geng pemeras berasingan telah dikenal pasti dan 86 pesalah telah ditangkap, menurut laporan polis.

Iklan

Sekurang-kurangnya 2,000 mangsa telah dikenal pasti dan lebih dari Rp 35 miliar (RM10 juta) telah dibolot penipu.

Justeru, berhati-hatilah kita dalam apa jua situasi. Jangan sesekali terjebak dengan kejadian tidak bermoral seperti itu.

Sumber: Tribunnews