Hari-hari datang ‘berjaga’, Hyundai lantik seekor anjing jadi pekerja

A
A
A

PELIK tapi benar! Itu adalah ungkapan tepat dengan kejadian yang telah dilaporkan di Brazil yang mana seekor anjing jalanan kini bergelar ‘seekor pekerja’ di bilik pameran Hyundai, iaitu sebuah jenama kereta yang terkemuka.

Hal tersebut terjadi disebabkan oleh anjing jalanan tersebut didakwa sering datang ke cawangan Hyundai tersebut dan dilihat berkeliaran di kawasan luar bilik pameran seolah sedang ‘berjaga’ dan mengawal tempat tersebut.

Boleh dikatakan hampir setiap hari kelibatnya boleh dilihat dan sering menjadi tumpuan ramai terutama pelanggan yang datang berkunjung ke bilik pameran tersebut.

Hari-hari datang ‘Berjaga’, Hyundai lantik seekor anjing jadi pekerja

Oleh kerana sifat anjing itu yang terlalu manja, ‘behave’ dan tak banyak ragam, petugas di cawangan Hyundai membuat keputusan untuk mengambil haiwan itu sebagai kumpulan pekerja dengan dipakaikan lencana syarikat siap ada gambar. Sama seperti tag pekerja yang official. Wow, mudahnya dapat job ye! Haha!

Hari-hari datang ‘Berjaga’, Hyundai lantik seekor anjing jadi pekerja

Malah, anjing bertuah itu juga kini diberikan makanan dan tempat tidur di kawasan tersebut. Lebih menarik anjing yang kini dikenali sebagai Tucson Prime itu juga mempunyai laman Instagamnya sendiri dan mempunyai pengikut seramai 41.8k setakat hari ini. Wow!

“Untung lah kau jing, kerja dapat, makan minum dapat, tempat tinggal pun dapat tup tup sekarang Instafamous pula. Hebat. Nanti dan popular jangan lupa asal usul pula tau. Haha!”.

 

View this post on Instagram

 

Hoje quem veio me visitar no horário de almoço foi meu amigo @speedracerdog ???? #tucson #prime #hyundai @primehyundai

A post shared by TUCSON PRIME (@tucson_prime) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang