Hotel di China guna Red Panda bangunkan tetamu, ramai teruja tapi kena ‘sound’ pihak berkuasa

PERNAH terbayang bangun tidur dengan Red Panda atas katil? Jangan terkejut kerana sebuah hotel di China betul-betul bikin viral di media sosial.
Mana tidaknya, pakej percutian luar biasa ditawarkan termasuk Red Panda yang comel menjadi penggera untuk mengejutkan tetamu yang lena tidur.
Lapor The US Sun, Hotel Lehe Ledu Liangjiang Holiday yang terletak bandar Chongqing menawarkan pengalaman unik dengan kejutan live haiwan jinak tersebut.

Hanya dengan tarikan iklan percutian bertemakan Red Panda, penginap hotel boleh bermanja, lepak dan memberi makan di atas katil bersama panda kecil tersebut.
Pasangan YouTuber dari United Kingdom, Ben dan Reanne Dridger juga berkongsi pengalaman mereka semasa menginap di hotel berkenaan.

Dalam vlog yang dikongsikan kepada pengikutnya, Ben teruja apabila dapat suap epal dengan haiwan yang jinak atas katil.
“China satu-satunya tempat di dunia kau boleh ada panda masuk bilik hotel duduk atas katil. That’s so cool!”

Menurut staf hotel, Red Panda boleh berada di dalam bilik bergantung kepada mood haiwan itu yang kadang-kadang lama atau sekejap je.
Hentikan kontak rapat
Populariti tersebut menarik perhatian agensi perhutanan tempatan dan mereka terus turun padang.

Nak dijadikan cerita, pihak berkuasa itu terus arahkan semua aktiviti kontak rapat dihentikan dan siasatan penuh dijalankan.
Rata-rata media rasmi negara itu mula mengecam dan memberi amaran keras kerana pakej percutian berkenaan dikatakan melanggar hak haiwan.

Apatah lagi, Red Panda merupakan spesies terancam dengan populasi kurang daripada 10,000 ekor jer.
Bagaimanapun, pihak hotel pertahankan diri dan menegaskan, semua haiwan sudah divaksin dan kanak-kanak wajib ditemani orang dewasa.


Bukan keluarga panda
Red Panda bukannya termasuk dalam kategori keluarga beruang panda yang biasa kita tengok tapi DNA unik tersendiri iaitu Ailuridae.
Kalau sebelum ini, Panda Merah diletakkan dalam ahli keluarga rakun sebab mempunyai persamaan dari segi tengkorak, gigi dan ekor tapi sekarang ada kategori sendiri.

Walaupun China dah larang aktiviti bergambar dan sentuh panda gergasi sejak 2018, bagaimanapun hotel berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang.
Macam mana boleh terlepas? Sebab alasan yang mereka berikan adalah Red Panda bukan dalam kategori panda besar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang