Kreatif dan cantik desain sampul duit raya tahun 2025, peminat pink pasti pilih si abang panda. ‘Paling mengancam comfirm isi dalamnya’
SAMPUL duit raya pasti dicari-cari menjelang Syawal. Tak kisahlah sama ada beli sendiri atau dapat free selepas tukar duit di mana-mana bank.
Tak sah kalau tiada sampul yang cute dan cantik untuk melengkapkan tradisi sumbangan duit raya kepada sanak-saudara.
Carian SinarPlus di ruangan platform Threads dengan #sampulraya mendapati, ramai rupa-rupanya yang kongsi koleksi sampul duit raya tahun ini.
Bagi @_imbbg, beliau berpendapat sampul raya of the year 2025 jatuh kepada Hani Mokhta dek kerana warna dan perincian terbaik.

“Bila pegang, rasa eksklusif sangat,” tulisnya.
Seorang lagi, @ctnormala_fazli pula memilih Food Panda sebagai sampul raya paling cute untuk tahun ini.

Bagi mereka yang sukakan desain klasik seperti @watie.nas, bolehlah pilih keluaran Khatam yang berbentuk seperti kotak mancis.

@itshimluqman pula berkongsi sepasang sampul raya dengan desain baju songket merah berkain batik manakala satu lagi baju merah lengkap samping dengan kapsyen Sampul Raya paling cantik 2025.

Koleksi sampul duit raya Pos Malaysia yang dikongsikan @_myragram pun tak kurang hebatnya. Memang cantik!
Mungkin ramai yang bertanyakan bagaimana nak dapatkan sampul raya berkenaan?

Tulis @_myragram, hanya perbaharui cukai jalan boleh dapat percuma atau beli terus dengan harga RM6 untuk 10 keping.
Tak mustahil, banyak lagi sebenarnya reka bentuk sampul raya yang lagi meriah dan moden.
Selain menjadi koleksi buat mereka yang suka mengumpul, ia juga menjadi satu kebanggaan kerana mewakili jenama masing-masing.
Bukan setakat corak dan bentuk jadi perbualan, paling cantik sudah tentu isi dalamnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

