Hukuman berat jika bazir makanan
H: Dilanda wabak, sekatan ekonomi dan taufan, hukuman berat menanti
rakyat Korea Utara jika bazir makanan
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-Un dilapor ‘mengugut’ rakyatnya dengan hukuman berat sekiranya mereka membazirkan makanan.
Tindakan itu dibuat kepada individu yang melakukan pembaziran makanan ketika negara berkenaan berdepan dengan krisis kebuluran akibat sekatan ekonomi, bencana alam dan pandemik Covid-19.
Daily Star melaporkan, hukuman undang-undang tersebut menanti mereka yang gagal melindungi ekonomi negara dengan membuang makanan dan ia arahan terus daripada jawatankuasa pusat parti pemerintah.
Korea Utara sebelum ini dilanda tiga taufan pada Ogos dan September yang menyaksikan banyak kawasan tanaman musnah.
Baca juga Penjaga kubur menabung berpuluh tahun untuk tunai haji dengan isteri
Menurut sumber memberitahu Radio Free Asia, pada bulan ini, Jawatan Kuasa Pusat mengarahkan rakyat supaya terlibat secara langsung bagi menangani krisis makanan yang dihadapi negara ketika ini sebagai perjuangan melindungi sumber makanan.
"Kerajaan turut menekankan perjuangan tersebut bukan sahaja usaha melindungi bekalan makanan semata-mata tetapi untuk melindungi sistem sosiolis."Pihak berkuasa juga akan terlibat dan akan mengenakan hukuman yang berat kepada mana-mana individu yang membazir makanan," katanya.
Sejak Januari, hubungan perdagangan Korea Utara dengan dunia luar terhenti akibat pandemik, selain tindakannya menutup semua sempadan dengan negara jiran seperti China.
Arahan itu juga ekoran rakyat Korea Utara yang menantikan Tahun Baru yang biasanya disambut dengan banyak makanan di meja makan keluarga.
Jawatankuasa Pusat telah memerintahkan "untuk tidak mengatur jadual upacara dengan makanan yang dibuat dari biji-bijian."
Kerajaan turut mencadangkan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja sebagai hidangan, sementara untuk tetamu, hanya mi, kek beras dan roti.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang