Ibu bertarung nyawa selamatkan anak jadi mangsa culik

Untitled design (17)
Untitled design (17)
A
A
A

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun berdepan dengan detik cemas apabila dia nyaris menjadi mangsa culik dalam satu kejadian di Queens, New York, Amerika Syarikat semalam.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki memakai kemeja-T putih dan berseluar pendek telah mengheret mangsa masuk ke dalam sebuah kereta.

Kanak-kanak malang itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh ibunya, Dolores Diaz Lopez yang turut berada tempat kejadian.

Video tersebut juga menunjukkan Diaz bergelut untuk mengeluarkan anak lelakinya daripada tingkap kereta sebelum suspek bertindak memecut kenderaan sehinggakan hampir melanggar beberapa orang awam di tempat kejadian.

Namun, bagai kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suspek yang dikenali sebagai James McGonagle, 24, berjaya diberkas oleh pihak polis atas kesalahan tindakan membahayakan kanak-kanak.

Sewaktu kejadian, Diaz dilaporkan dalam perjalanan bersama tiga anaknya termasuk mangsa, Jacob, 5, Zuriely, 8 dan Benny, 9 untuk ke pejabat suaminya.

"Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada TUHAN kerana telah menyelamatkan anak saya," kata Diaz.

Polis kini masih memburu seorang individu lelaki yang turut disyaki bersubahat dalam kejadian terbabit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang