Ibu kejam mandikan bayi dengan air panas, biarkan selama satu jam

Ibu kejam ini mandikan bayi dengan air panas, biarkan anak derita selama satu jam
Ibu kejam ini mandikan bayi dengan air panas, biarkan anak derita selama satu jam
A
A
A

KEJAM dan tidak berperikemanusian! Begitulah yang boleh digambarkan dengan tindakan seorang wanita ini.

Menurut laporan Mirror UK, ibu kejam itu telah dipenjara seumur hidup kerana melecurkan bayi perempuannya dengan tragis sehingga meninggal dunia.

Gracie Crowder yang berusia 19 bulan ditemui dengan luka terbakar yang mengerikan di rumah keluarganya di Mansfield, Notts, England pada Mac lalu.

Suspek dikenali Katie Crowder, 26, bertindak mencurahkan air panas ke atas bayi malang itu ketika dia berada di dalam kolam.

Bayi itu dilaporkan menangis dan menanggung kesakitan yang teramat sangat.

Lagi menyedihkan apabila suspek tergamak hanya melihat bayi menderita dan menanggung sakit hampir satu jam.

Baca juga Kekayaan yang dimiliki tak membuatkan mereka alpa, berikut 5 hartawan Muslim yang sangat dermawan

Difahamkan hampir satu jam kemudian, barulah suspek berlari menuju ke rumah ibu bapanya yang terletak di kawasan berhampiran.

Dengan panik memberitahu ibu bapanya 'dia dah mati, dia dah mati'. Apabila ibu bapanya bertanya dengan apa terjadi, dia hanya bertindak seolah tidak tahu apa-apa.

Bayi itu terus dikejarkan ke hospital Kings Mill oleh paramedik tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaannya.

Malah suspek juga memberitahu pihak polis dia hanya menemui bayi itu sudah terbaring di sebelah baldi berisi air panas yang diletaknya di dalam bilik air ketika membersihkan anak anjingnya.

Difahamkan, tubuh badan bayi itu melecur hampir 65% dan disahkan meninggal dunia.

Selain itu, pihak berkuasa juga menemui dadah jenis kokain dalam badan suspek malah pakar psikiatri juga mendakwa suspek memang mengalami masalah depresi dan mental.

Sementara itu, suspek akhirnya ditahan pihak polis berhubung kes pembunuhan itu dan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Suspek menjalani hukuman sekurang-kurangnya 21 tahun sebelum dia boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan.

Hakim, Jeremy Baker mengatakan perbuatan itu terlalu zalim dan tragis, sambil menambah bayi kecil itu mengalami kesakitan yang sangat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang