Ibu Tangmo gugurkan semua pertuduhan bunuh, terima pampasan dan barang kemas

A
A
A

KEMATIAN aktres Thailand, Tangmo Nida atau nama asalnya Pataratida Patcharawirapong menjadi perhatian ramai.

Warga maya di seluruh dunia termasuk Malaysia tidak ketinggalan mengikuti penyiasatan kes kematian pelakon jelita itu.

Tujuh bulan selepas jasadnya tersebut ditemui lemas terjatuh dari bot laju di Sungai Chaophraya, mahkamah telah memerintahkan kesemua enam defendan dalam kes itu membayar ganti rugi kepada ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin.

Hari ini, Mahkamah Wilayah Nonthaburi memerintahkan kesemua enam defendan membayar wang pendahuluan kolektif sebanyak 2 juta baht ( RM244,702.23) sebagai ganti rugi kepada Panida.

Sebanyak 400,000 baht (RM48,940.45) telah dibayar secara tunai manakala 1.6 juta baht (RM200,000) dibayar menggunakan cek.

Kredit foto: Instagram melonp.official

Panida juga akan menerima bayaran bulanan sebanyak 30,000 baht (RM3,662) yang dibayar oleh keenam-enam defendan.

Tempoh penerimaan bayaran oleh Panida tidak dapat disahihkan. Portal KhaoSod melaporkan bahawa Panida akan menerima bayaran tersebut selama 20 tahun manakala Amarin dan Sanook melaporkan bahawa wanita itu akan menerimanya setiap bulan sehingga dia meninggal dunia.

Selain itu, salah seorang defendan turut menghadiahkan anting-anting yang dianggarkan bernilai 500,000 baht (RM61,175.56) kepada ibu Tangmo di mahkamah.

Panida dilaporkan berpuas hati dengan perjanjian ganti rugi dan bayaran yang bakal diterima serta menggugurkan semua tuduhan pembunuhan.

Keenam-enam suspek masih menghadapi beberapa pertuduhan jenayah dalam kes yang sedang berjalan itu.

Mahkamah akan meneliti semula keterangan itu pada 22 Disember jam 9 pagi, apabila defendan akan memberi keterangan lanjut.

Sumber: The Thaiger

Kredit foto utama: The Thaiger, Instagram melonp.official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang