Ibu terkejut tiba-tiba terima 31 burger keju. Rupa-rupanya ini yang terjadi

20220521_132026_0000
20220521_132026_0000
A
A
A

TERKEJUT dan memang tak sangka! Itulah reaksi seorang wanita apabila menerima 31 chesseburgers atau burger keju dari sebuah kedai makanan segera di Texas, Amerika Syarikat.

Perkara yang lebih memeranjatkan Kelsey Golden, penghantaran makanan tersebut adalah disebabkan oleh anak lelaki berusia dua tahun, lapor upi.com.

Menurut Golden, perkara berkenaan berlaku ketika beliau sedang menyiapkan tugasan di komputer.

Pada masa sama, wanita itu tidak menyedari anaknya, Barrett sedang bermain-main dengan telefon bimbit dengan paparan skrin tidak berkunci.

Rupa-rupanya tanpa sengaja si kecil itu telah memesan burger terbabit daripada restoran tersebut.

Akibat tindakan itu, Golden dikenakan bayaran sebanyak AS$91.70 (RM403).

Pembelian tersebut dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi DoorDash.

Nasib baik jumlah tersebut masih mampu untuk dibayar oleh Golden sekiranya tidak, apa agaknya tindakan beliau.

"Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kesemua makanan yang ada. Anak saya cuma makan sebahagian daripada sebiji burger sahaja.

"Disebabkan itu saya memuat naik ke dalam Facebook untuk bertanya sesiapa ingin burger percuma di Kingville," terangnya.

Susulan itu, beberapa jiran dan penduduk setempat telah ke rumahnya.

Mengambil pengajaran daripada kisah itu, apa yang SinarPlus boleh katakan,  ibu bapa seharusnya peka dan tidak membiarkan gajet diletakkan sesuka hati tanpa pengawasan.

Dalam kes Golden, untunglah makanan yang dipesan dalam bentuk makanan dan masih boleh dikongsi dengan individu lain.

Namun, bagaimana jika barangan tersebut bernilai tinggi dan mampu 'melenyapkan' terus semua wang simpanan, bahaya juga kan?

Hati-hati, anak-anak sekarang semakin bijak!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang