SEBUT sahaja mengenai gedung perabot dan kelengkapan rumah terbesar, IKEA, SinarPlus percaya ramai dalam kalangan kita gemar ke sana bukan?

Mana tidaknya, melihat susun atur ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik air dan bilik si kecil yang dipenuhi kelengkapan serta perabot moden dengan rekaan terkini, cukup mengujakan.

Pemilihan warna bagi ruang juga menyenangkan, secara tidak langsung memberi idea serta menjadi inspirasi saat ingin mengubah suai dekorasi kediaman. Ia juga bagaikan pusat sehenti yang menawarkan bukan saja barangan, tetapi juga khidmat nasihat dan perkhidmatan lain berkaitan dengan kelengkapan rumah.

Selain itu, ada juga yang berkunjung ke sana sekadar untuk menjamu hidangan meatball dan karipap telur yang rasanya cukup nyum nyum. Betul tak? Mata pasti akan ralit dek melihat satu persatu barang keperluan rumah. Sangat terkenal kerana kualiti dan rekaan terkini, IKEA menjadi pilihan di mana-mana cawangan di seluruh dunia.

Namun baru ini ada sesuatu yang kurang enak sedikit didengar mengenai IKEA khususnya kepada mereka yang kurang senang terhadap golongan songsang lain tidak LGBT.

Hal tersebut diperkatakan setelah IKEA mengeluarkan katalog yang secara terang-terangan mempromosikan golongan berhaluan kiri. Jelas tertera di katalog tersebut bahawa mereka disokong bersempena sambutan Pride Month yang kini berlangsung pada bulan ini.

Iklan

IKEA promosi katalog LGBT! Tenang, itu bukan di Malaysia

Iklan

Hasil carian menerusi satu kenyataan di Facebook IKEA Amerika Syarikat mendapati, katalog mesra LGBT itu sedang berlangsung dan bakal tamat bulan Ogos ini. Bagi setiap pembelian beg STORSTOMMA (kecil), 30 peratus daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Ali Forney Center dan Los Angeles LGBT Center.

Namun, korang jangan cepat menghukum, kerana kempen tersebut bukanlah untuk pasaran IKEA Malaysia sehingga ada kalangan netizen yang kononnya mahu memboikot.