Ingatkan nak failkan cerai, rupa-rupanya suami belikan istana harga lebih 4 juta! Untung sungguh

A
A
A

SEWAKTU kita masih kecil, pasti kita pernah berangan untuk tinggal dalam sebuah istana yang besar, dilayan oleh dayang-dayang, diberi makan yang sedap-sedap dan bermain dengan haiwan peliharaan yang comel-comel.

Masakan tidak, sejak zaman kanak-kanak waima pada zaman kita masih bayi lagi, kita semua dipertontonkan dengan siri atau drama seperti Cinderella, Snow White dan macam-macam lagi cerita ala-ala princess. Paling latest, pastinya Frozen yang menjadi kegilaan ramai.

Namun, itu semua hanya satu angan-angan sahaja. Tak salah pun berangankan? Pun demikian, apa yang terjadi kepada Jude Edgell, 58, bukan main-main, ia betul-betul kejadian!

Masakan tidak, beliau menerima kejutan istimewa apabila suaminya Terry Edgell 56, menghadiahkannya sebuah istana lama yang cukup indah dan klasik.

Kata wanita itu, pada awalnya, lelaki berkenaan telah mengajaknya mengadakan satu perbincangan yang serius.

Edgell kemudian berfikir, adakah ia berkaitan dengan penceraian? Dengan kata mudah, adakah suaminya ingin menceraikan beliau?

“Ketika itu saya hanya memikirkan suami mahukan penceraian, tetapi rupa-rupanya dia mahu menghadiahkan istana kepada saya.

“Suami saya memberitahu bahawa tawaran istana telah berjaya, saya yang terkejut terus membuat semakan di portal hartanah Rightmove dan sememangnya ia telah dijual dan menjadi milik kami,” ceritanya dengan penuh keterujaan.

Merujuk Times Now News, lelaki itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Premier Forest Group telah menunaikan impian zaman kanak-kanak isterinya dengan membelikan istana itu yang berharga lebih RM4 juta.

Lapor portal berkenaan, pada asalnya, pasangan itu merancang mencari rumah untuk percutian mereka di Sepanyol, tetapi membuat keputusan untuk melihat istana di Penllyn, Cowbridge, Vale of Glamorgan yang berusia 200 tahun.

Kemudian, usahawan berkenaan berjaya membuat tawaran pembelian istana secara rahsia tanpa pengetahuan isterinya.

Memandangkan masa si suami sebagai usahawan sangat terhad, beliau menyerahkan projek pengubahsuaian kepada isterinya dari segi pengurusan tapak, pemilihan arkitek, pakar warisan dan jurutera.

Beritahu Edgell, beliau sangat sukakan mahligai berkenaan, tetapi pada masa yang sama, takut dengan perubahan (pembaikan yang bakal dilakukan).

“Saya dah lama tahu mengenai istana ini, tetapi tidak pernah mendiaminya. Malah, saya masih ingat ketika berusia 25 tahun, saya merasa kagum bagaimana mereka boleh duduk rumah sebesar itu.

“Pada hari pertama saya memasuki bilik lukisan, meremang bulu roma saya, sehingga sekarang saya masih rasa tarikan itu,” katanya.

Difahamkan, kerja-kerja pembinaan istana itu telah berlangsung selama tiga tahun dan pasangan itu menjangkakan akan berpindah pada tahun 2024.

Ketika ditanya berkenaan kos pengubahsuaian, wanita itu berkata, ia memang tidak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan, tetapi ia lebih kepada rasa cinta dan bukan sebab pada nilainya.

Berapa juga kos yang dikeluarkan, pasti ia menjadi kepuasan sepanjang hayat apabila kita dapat mendiami rumah yang besar dan cantik, bukan?

Malah, satu keluarga besar boleh berkampung lagi-lagi ketika musim perayaan. Mesti seronok!

ANEKDOT

FAKTA berkenaan istana Penllyn:

i. Istana Welsh berharga RM4.3 juta.

ii. Istana itu dibina pada tahun 1970 untuk Lady Barbara Vernon.

iii. Istana itu kemudiannya diserahkan kepada kawannya Emilia Gwinnett.

iv. Ia pernah dipaparkan pada tahun 2006 dalam episod Dr Who lakonan Pauline Collins yang memainkan watak Permaisuri Victoria.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang