SETIAP daripada kita memiliki rezeki masing-masing. Begitu juga dengan Pemerintah Kerajaan Britain, Ratu Elizabeth II.
Baginda dilahirkan pada 21 April 1926 dan kini berusia 96 tahun  merupakan puteri kepada Raja George VI dan Ratu Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon.
Ratu Elizabeth II atau nama lengkapnya Elizabeth Alexandra Mary Windsor dikurniakan rezeki apabila berpeluang meraikan ulang tahun ke-70 kemahkotaan baginda sejak ditabalkan sebagai ratu pada 6 Februari 1952.

Iklan
Iklan
Acara gilang-gemilang tersebut telah diadakan sepenuhnya di Istana Buckingham, London, United Kingdom sekitar bulan Januari lalu.
Tempoh masa pemerintahan baginda telah membuatkan Ratu Elizabeth II mencatat sejarah dunia sebagai jubli platinum dan mengumumkan pasangan Prince Of Wales, Putera Charles dan Duchess of Cornwall, Camilla sebagai Raja dan Ratu England yang akan datang.
Namun, bukan kisah ‘drama’ diraja popular itu yang ingin diceritakan. Selain mengenai perjalanan hidup baginda, apa yang menarik perhatian SinarPlus ialah hidangan saat pertabalan sebagai ratu pada 6 Februari 1952.
Menu bernama Coronation Chicken itu telah dihidangkan kepada 350 tetamu yang berasal dari pelbagai negara.
Memetik penulisan Times Indonesia, resipi masakan tersebut telah dikongsikan oleh cef terkenal, Franklin Becker menerusi dokumentari Inside Edition.
Apa tunggu lagi, berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan Coronation Chicken atau Ayam Pertabalan.
Bahan-bahan
1/2 kilogram dada ayam
2 sudu sos tomato
1 biji bawang bombay (dipotong dadu)
1 sudu serbuk kari
1 sudu gula merah
1 mangkuk kecil anggur merah
4 sudu mayones
4 sudu sos buah aprikot kering
Sedikit krim putar
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Cara penyediaan
1. Bersihkan dada ayam.
2. Panaskan minyak selama 10 minit dan goreng ayam pada suhu 87 darjah selsius.
3. Daging ayam yang siap digoreng dipotong dadu.
4. Tumis bawang bersama satu senduk minyak goreng hingga layu.
5. Masukkan sos tomato, rempah kari, gula merah, garam, dan anggur merah.
6. Setelah siap, asingkan bahan yang telah ditumis ke dalam sebuah mangkuk.
7. Kemudian campurkan dengan mayones, sos aprikot kering dan krim putar.
8. Gaul semua bahan biar sekata sebelum memasukkan daging ayam.
9. Seterusnya gaul adunan sehingga bahan dan daging ayam sebati sebelum siap dihidangkan.
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua dan selamat mencuba!
Jangan lupa hidangkan masakan bertaraf ‘kayangan’ ini untuk anak-anak!
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram