SEANTERO dunia maklum bahawa Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19.

Seperti orang lain, baginda perlu menjalani kuarantin sekurang-kurangnya lima hari di bawah peraturan pandemik Britain yang akan disemak tidak lama lagi.

Pemerintah Britain berusia 95 tahun itu difahamkan terkena jangkitan di dalam Istana Windsor berikutan sejumlah orang di kediaman itu positif.

Pihak istana mengesahkan bahawa Ratu Elizabeth telah menerima dua kali vaksin dan dos penggalak.

Sebelum ini, Putera Charles, 73 dan isterinya, Camilla Parker Bowles, 74, turut dijangkiti Covid-19 awal bulan ini.

Sebenarnya, bukan itu sahaja yang ingin SinarPlus kongsikan, tetapi pasti ramai ingin tahu bagaimana seorang pemerintah diraja berpengaruh di dunia menjalani kuarantin.

Persoalan itu terjawab sebaik kami membaca satu artikel menarik yang disiarkan portal Suara yang memetik kenyataan Editor, Australia Women Weekly, Juliet Rieden.

Pertama, sepanjang menjadi kuarantin di Istana Windsor, Ratu Elizabeth akan dijaga pekerjanya mengikut garis panduan kerajaan.

Usaha untuk membatalkan segala komunikasi dengan orang luar juga telah dilakukan sebelumnya.

Malah, baginda juga berada dalam lingkungan 22 orang staf yang tidak dibenarkan mempunyai kontak dengan dunia luar dan makanan juga dihantar di luar pintu.

Namun, menurut laporan Daily Mail, baginda yang mengalami gejala ringan virus tersebut dilaporkan akan mengalih semua mesyuarat dan pertemuan secara online sepanjang minggu ini.

Ratu Elizabeth juga akan menjalankan tugas ringan.

Tugas ringan itu adalah membaca mesej dan dokumen kerajaan sebelum diluluskan dan ditandatangani termasuk menjawab beberapa panggilan telefon.

Untuk panggilan video, bergantung keadaan baginda, ujar Rieden.

Ratu Elizabeth mempunyai pasukan perubatan keluarga yang diketuai oleh Pakar Gastroenterologi, Dr Sir Huw Thomas.

Iklan

Sementara itu, Pakar Penyakit Berjangkit, Universiti East Anglia, Dr Paul Hunter berkata, Ratu Elizabeth mungkin diberikan ubat antivirus yang diluluskan di UK untuk merawat Covid-19.

“Ubat itu akan mengurangkan risiko untuk alami simptom teruk jika diberi awal, malah jika doktor lain yang merawat pesakit berusia 90-an juga akan mempertimbangkan pemberian antivirus itu,” kata Hunter.

REKOD KESIHATAN

Pada tahun 2020, baginda dilihat masih gagah menunggang kuda pada tahun 2020.

Ratu Elizabeth juga tidak mempunyai sebarang penyakit lain seperti paru-paru atau diabetes.

Iklan

“Masalah kesihatan lain masih belum diumumkan dan sebahagiannya dirahsiakan,” jelas Rieden.

Selain itu, Ratu Elizabeth pernah dimasukkan ke hospital dan hal itu masih menjadi tanda tanya kerana pihak istana tidak menjelaskan sebarang sebab.

“Setelah itu, doktor memintanya berehat dan baginda terpaksa membatalkan beberapa acara penting termasuk Remembrance Sunday dan Persidangan Iklim COP26 di Glasgow pada November,” kata Rieden.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun begitu, pada bulan ini Ratu Elizabeth sudah mula bertugas secara maya dan bertemu langsung dengan diplomat, ahli politik dan pegawai kanan tentera.

Foto Suara.com