Istanbul diselimuti salji tebal, penerbangan dibatal, lalu lintas lumpuh

A
A
A

SEMALAM, semua penerbangan di Lapangan Terbang Istanbul dibatalkan buat hari kedua manakala kenderaan peribadi dilarang memasuki jalan-jalan raya di kawasan bandar.

Itu berikutan salji tebal yang turun menyebabkan lalu lintas lumpuh dan ramai terkandas di bandar terbesar Turki tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Salji mula turun pada hujung minggu baru-baru ini dengan keadaan bertambah teruk sejak beberapa hari lalu di bandar yang mempunyai 16 juta penduduk itu.

Menerusi rakaman video dari Lapangan Terbang Istanbul yang merupakan salah satu terbesar di dunia, menunjukkan landasan pesawat diselimuti salji tebal dengan beberapa pesawat dan kenderaan hampir tidak kelihatan.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya mengambil langkah yang luar biasa dengan melarang kereta orang awam masuk ke bandar itu sementara pasukan kecemasan membersihkan jalan-jalan raya.

Selain itu, pegawai-pegawai awam juga diberi cuti pentadbiran untuk mengurangkan jumlah individu di luar.

Sementara itu, satu video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki bermain ski di jalan raya pada lewat Isnin, dengan beberapa individu melambaikan tangan sedang dia meluncur lalu.

Di bahagian selatan Turki pula, pantai di bandar peranginan Antalya diselaputi salji buat pertama kalinya dalam 29 tahun.

Istanbul diselimuti salji tebal, penerbangan dibatal, lalu lintas lumpuh

Lapangan Terbang Istanbul menyatakan di laman webnya bahawa operasi penerbangan dibatalkan sehingga pukul 10.00 pagi waktu tempatan pada Selasa kerana keadaan cuaca buruk.

Syarikat penerbangan Turkish Airlines turut membatalkan semua penerbangan dari lapangan terbang itu.

Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu berkata 55,000 tan garam ditabur pada permukaan jalan raya dan meminta bantuan penduduk Turki untuk membersihkan salji di depan rumah serta kedai masing-masing bagi membantu pasukan kecemasan.

Baca juga Botol yang terkandung mesej ditemui selepas 25 tahun dicampakkan ke laut. Ini yang berlaku

Selain itu, Penguasa Bencana dan Kecemasan turut melaporkan, sekitar 4,600 individu terkandas di jalan raya dan beribu-ribu lagi orang diberikan tempat tinggal sementara.

Sumber : MediaCorp, Reuters

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang