Isteri hidang mi segera setiap hari dicerai, ini risiko kesihatan lain

mi segera
mi segera
A
A
A

DALAM kehidupan serba pantas masa kini, kita sudah terbiasa dengan makanan sejuk beku, segera atau mudah dimasak dalam tempoh kurang lima minit seperti instant noodle atau mi segera.

Salah satu tarikan utama makanan ini adalah kerana harganya yang murah dan ringkas untuk disediakan.

Namun tahukah anda, setiap hirupan dan sedutan mi segera yang kita makan sebenarnya berisiko mengundang masalah kesihatan.

Bukan itu sahaja, malah ia turut boleh 'merosakkan' sesebuah ikatan perhubungan!

Seperti yang terjadi di New Delhi, seorang lelaki menceraikan isterinya kerana didakwa hanya menghidangkan mi segera sebagai juadah harian.

Menurut portal India Times, perkara itu didedahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen ML Raghunath yang mengatakan terdapat kes perkahwinan yang memfailkan perceraian atas isu kecil berlaku ketika dia menjadi hakim daerah di Ballari.

Dalam kes tersebut, ujarnya, si suami mendakwa isterinya tidak tahu menyediakan makanan selain mi segera.

Mi segera itu disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Lelaki itu juga mengadu isterinya ke kedai runcit dan hanya membeli mi segera.

Kata Ragunath, pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Tambahnya, menyelesaikan pertikaian perkahwinan adalah sukar dan kebanyakan pasangan bersetuju kembali bersama kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka.

Katanya lanjut, kes penceraian semakin meningkat secara drastik sejak beberapa tahun ini.

Beliau mendedahkan, mahkamah menerima kes perceraian atas banyak sebab yang pelik.

Antaranya tuntutan penceraian akibat suami tidak membawa isteri keluar, isteri meletkakkan garam di sebelah pinggan yang salah, dan sebagainya.

Baca juga Suami penggal kepala isteri, cemburu keterlaluan bawa padah

Isteri tuntut cerai kerana suami ikut cakap dukun

Pun begitu, pengambilan mi segera berlebihan boleh mengundang risiko kesihatan, berikut fakta mengenainya;

1. Mengandungi MSG

Mi segera mengandungi bahan dikenali sebagai Monosodium Glutamat (MSG). Ia adalah bahan tambahan makanan yang biasa digunakan untuk meningkatkan rasa pada makanan diproses.

MSG juga boleh dijumpai secara semula jadi dalam protein sayuran yang dihidrolisis, ekstrak yis dan soya, tomato serta keju.

Beberapa kajian telah menghubungkan penggunaan MSG yang sangat tinggi dengan kenaikan berat badan, bahkan peningkatan tekanan darah, sakit kepala dan loya.

Penyelidikan juga menunjukkan MSG boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak, pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang matang.

Baca juga Dunia tak sempat ditawan, influencer ajal 2 hari sebelum destinasi akhir

2. Tinggi kandungan sodium

Sodium adalah nama lain bagi natrium atau garam. Satu hidangan mi segera ini mengandungi 861 miligram (mg) sodium.

Walau bagaimanapun, jika anda makan keseluruhan paket individu, jumlah sodium meningkat menjadi 1,722 mg.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa pengambilan natrium yang tinggi mungkin memberi kesan negatif kepada individu dengan kepekaan terhadap garam.

Mereka ini lebih terdedah kepada kesan sodium, dan pengambilan bahan ini dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan peningkatan tekanan darah.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan natrium bermanfaat bagi mereka yang sensitif terhadap garam.

3. Kualiti diet tidak sihat

Beberapa penyelidikan mendapati bahawa pengambilan mi segera ini secara berkala mungkin dikaitkan dengan kualiti diet pemakanan keseluruhan yang buruk.

Sememangnya penggemar makanan mi ini mengalami peningkatan pengambilan beberapa mikronutrien terpilih.

Pun begitu, dalam masa yang sama mereka mengalami penurunan pengambilan protein, kalsium, vitamin C, fosforus, zat besi, niasin dan vitamin A secara signifikan.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang