NAMA Jack Ma rasanya tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. Orang terkaya di China itu merupakan seorang jutawan dan usahawan teknologi paling berjaya di dunia dan merupakan pengasas syarikat e-dagang terbesar, Alibaba Group Holding Ltd (Alibaba).

Beliau juga boleh dikatakan di antara nama yang paling dikenali di dunia.

Usahanya yang sinonim dengan pepatah Inggeris “from zero to hero” itu ternyata cukup mampu untuk menjadi inspirasi kepada ramai orang dari seluruh dunia yang bercita-cita bangkit meraih kejayaan.

Jack Ma hanyalah lelaki biasa berlatarbelakangkan seorang guru bahasa Inggeris pada asalnya, namun siapa menduga kini dia adalah pemegang aset kekayaan bernilai lebih AS$20 bilion (AS$1= RM4.1140).

Seperti ramai insan lain yang berjaya, Jack Ma juga pernah berhadapan pelbagai liku kehidupan selain masalah penolakan sejak di bangku sekolah hinggalah di alam pekerjaan.

Tetapi itu bukan alasan untuknya berputus asa, sebaliknya kegagalan itulah pencetus semangat untuknya bangkit dan beliau telah membuktikannya!

Namun, berita yang mengejutkan pula dilaporkan media apabila beberapa laporan telah keluar mengatakan bahawa Jack Ma kini dikhuatiri hilang sejak dua bulan yang lalu, iaitu sekitar tarikh yang sama apabila Ant Group gagal mendapat kebenaran untuk memfailkan IPO oleh kerajaan China.

Menurut laporan, kali terakhir Jack Ma dilihat ialah sebelum episod terakhir Africa’s Business Heroes, dimana Jack Ma ialah salah satu daripada panel hakim rancangan tersebut.

Iklan

Jack Ma jutawan terkaya di China dikhuatiri hilang sejak dua bulan lalu

Ia dikatakan untuk episod penutup rancangan tersebut, Jack Ma diganti dengan salah seorang daripada ahli eksekutif Alibaba yang lain. Episod tersebut dirakam pada bulan November yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Alibaba, Jack Ma terpaksa mengundur diri daripada episod akhir tersebut kerana jadual yang bertindih.

Iklan

Sejak hari itu sehingga kini, bayang Jack Ma masih tidak ditemui lagi. Agaknya ke mana Jack Ma menghilang?

Sumber : theedgemarkets.com